DEMO BESAR-BESARAN

Kami menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu menentang musuh utama negara Mahathir
diktator yang zalim dan kroni-kroninya. Disebabkan:

1. Mahathir membenarkan kroni-kroninya memeras wang rakyat dengan rakus walaupun di dalam keadaan negara sedang mengalami kegawatan ekonomi.

2. Kegagalannya memulihkan ekonomi negara hanya kerana ego tinggi tidak mahu mengambil pengajaran dari negara-negara lain yang kini lebih cepat pulih dari ekonomi negara kita.

3. Tindak-tanduknya memalukan negara.

4. Memfitnah DSAI dengan fitnah jahat dan dikeji oleh Islam dan dengan itu menanamkan budaya fitnah-memfitnah yang cukup merbahaya didalam masyarakat.

5. Telah berkali-kali menghina Islam melalui ucapan dan perbuatannya.

6. Mencemarkan kedaulatan undang-undang.

7. Mengambil kuasa raja-raja untuk dirinya sendiri.

8. Mempergunakan instrumen-instrumen kerajaan untuk kepentingan politiknya.

9. Didalam ekonomi gawat masih meneruskan pembinaan istana bernilai lebih 200 juta ringgit dan pembelian jet untuk kegunaan peribadi bernilai 200 juta ringgit semuanya dengan wang rakyat.

10. Membenarkan manusia-manusia rakus dan tamak haloba menaikkan kadar tol setelah rakyat membayar cukai jalan yang sudah cukup tinggi dan menderita disebabkan kegawatan ekonomi.

11. Membenarkan pemusnahan rumah-rumah setinggan tanpa belas kasihan.

12. Menghalang kebebasan bersuara dengan memeras media di Malaysia dan kini cuba pula menyekat kebebasan bersuara internet.

Dengan itu rakyat Malaysia seluruhnya dijemput menghadiri dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Mahathir dan kroni-kroninya melalui satu demonstrasi besar-besaran seperti berikut:

DEMONSTRASI AMAN REFORMASI RAKYAT

Sila perhatikan etika-etika berdemonstrasi seperti berikut:

1. Demonstrasi ini adalah secara aman, tolong jangan "provoke" pihak polis dan jangan bawa sebarang senjata (pisau, lastik, atau lain-lain). Tujuan kita  adalah untuk mendesak Mahathir undur.

2. Jika terdesak untuk bersurai kita bersurai dan kita akan buat lagi di masa lain.

3. Jika ada yang melakukan keganasan, mereka mungkin SB, kita perlu merakamkan dengan kamera atau video recorder perbuatan mereka, oleh itu jika ada  peralatan  tersebut sila bawa dan gunakan.

4. Jika boleh jangan kena tangkap, tetapi jika kena tangkap jangan melawan, anda mungkin dicederakan. Jangan mengaku bersalah atau memberi sebarang statement kepada polis, kecuali setelah merujuk peguam.

5. Kami telah menyediakan barisan peguam yang bersedia untuk berkhidmat secara percuma untuk membebaskan mereka-mereka yang tertangkap nanti.

6. Sila bawa saputangan atau benda-benda lain untuk menutup muka, jangan biarkan muka anda di tangkap gambar.