TUJUH DALIL MENGAPA TOL LEBUHRAYA MESTI DIHAPUSKAN

1.  Penyediaan infrastruktur yang baik dan berkualiti sesuai dengan kemajuan negara adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.  Prasarana asas seperti lebuhraya yang menjadi pemangkin pembangunan negara dan kesejahteraan rakyant tidak sewajarnya dikomersilkan sehingga membebankan kehidupan rakyat.

2.  Jalanraya terutamanya di kawasan perbandaran adalah nadi kehidupan harian rakyat.  Ia bukan barangan mewah yang bersifat optional.  Justeru pembinaan tol yang menyekat peregerakan rakyat adalah suatu kezaliman yagn mesti ditentang dan dihapuskan.  Lebih zalim lagi apabila jalan sedia ada seperti Jalan Kuching, Jalan Cheras dan Jalan Damansara dinaiktaraf kemudian dikenakan tol dan rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa melaluinya!  Sebenarnya penswastaan (privatisation) adalah perompakan (piratisation) di bawah pemerintahan Mahazalim.

3.  Benarkah kerajaan tidak mampu membiayai pembinaan rangkaian jalanraya berkualiti untuk kemudahan rakyat?  Jika benar mengapa projek mewah pembinaan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya bernilai lebih RM200 juta dan pembelian jet Perdana Menteri juga bernilai RM200 juta boleh diluluskan?  Bukankah ini satu pembohongan kepada rakyat?

4.  Benarkan kerajaan tidak mampu?  Ke manakah perginya cukai jalan yang dibayar oleh rakyat?  Kemana dibelanjakan cukat ke atas petrol (RM0.57 bagi setiap liter petrol yagn dibeli pemilik kenderaan), cukai jualan kereta dan kompaun kesalahan jalanraya?  Adakah kerajaan pengurus yang baik?

5.  Pembinaan lebuhraya di bawah pemerintahan Mahazalim adalalah merupakan projek perniagaan dengan berselindung di sebalik dakwaan menyediakan kemudahan untuk rakyat.  Ini terbukti apabila pungutan to Jalan Kuching di Kuala Lumpur di sambung tempoh konsesinya selama 7 tahun lagi tanpa sebab-sebab yang munasabah.  Rakyat terus dibebankan dengan kos kehidupan yang meningkat sedangkan syarikat konsesi mengaut keuntungan mudah daripada kesusahan rakyat.  Ini adalah penindasan kapitalisme bentuk baru yang dicipta oleh pemerintahan Mahazalim.

6.  Cadangan pembinaan lebh banyak rangkaian jalanraya bertol di seluruh negara membuktikan bahawa pemerimtahan Mahazalim  adalah dipimpin oleh kapitalis-kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan perniagaan kroni-kroni mereka tanpa mempedulikan kesejahteraan raktyat.  Mereka ternyata ketandusan idea bagi membangunkan negara selain hanya tahu membina sebanyak mungkin plaza tol untuk 'merompak' kantung rakyat.

7.  Perdana Menteri sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat apabila beliau mengatakan bahawa rakyat belum bersedia menerima jalanraya berkualiti untuk menutup hakikat bahawa tol sebenarnya adalah simbol kezaliman pemerintahan Mahazalim ke atas rakyat.