Seperti yang dijangkakan, Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya akan melatah dan melenting dengan sokongan moral yang diberi oleh beberapa Pemimpin Negara yang menghadiri Persidangan APEC.
Reaksi mereka tak ubah seperti cacing kepanasan. Lihat saja mimik muka Rafidah Aziz dan kata-katanya. Sungguh tidak sopan dan memalukan kita Rakyat Malaysia.
Sesudah ini, percayalah, mereka akan memutarbelitkan fakta dan menabur fitnah untuk memburuk-burukkan perjuangan Reformasi Rakyat Malaysia. Mereka akan menggunakan semua saluran untuk menuduh Sdr Anwar sebagai dalang dan agen Amerika Syarikat. (Ingat dan ambil iktibar peristiwa "TANJAK KADAZAN" Tengku Razaleigh)
Jangan terpedaya dengan helah pihak lawan. Ini perjuangan kita, perjuangan Rakyat Malaysia.
Tiada siaya yang mampu mengubah nasib kita melainkan kita sendiri, dengan izin Allah, Insya Allah.
2. Kita menyambut baik sokongan moral yang diberi oleh Ketua-Ketua Negara yang menghadiri Persidangan APEC, khususnya Amerika Syarikat, Canada, Australia, Korea dan Jepun serta negara-negara Asean seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.
Sungguh pun sokongan ini diberi secara ikhlas, pejuang Reformasi harus berwaspada bahawa pihak lawan akan memutarbelitkan kenyataan sokongan ini dengan memburukkan Sdr Anwar Ibrahim. Mereka akan menggunakan segala kuasa mereka dan semua jentera Kerajaan, termasuk media massa untuk terus menabur fitnah.
Pejuangan Reformasi adalah pejuangan untuk Rakyat Malaysia. Kita akan terus berjuang untuk menghapuskan kezaliman, Insya Allah. AWAS !
Akibat sokongan beberapa Pemimpin Negara asing. Dr Mahathir akan menagih simpati sementara boneka-bonekanya seperti Rafidah Aziz, Hishamuddin Hussein, Sabaruddin Chik, Ibrahim Ail, Zainuddin Niaidin, Isa Samad, Shahdan Kassim dan Yusof Noor seria media-media seperti New Straits Times, Utusan Malaysia dan TV akan membelasah Sdr Anwar Ibrahim. Mereka seperti biasa akan menabur fitnah-fitnah menuduh Sdr Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan dalang Negara Asing, khususnya Amerika Syarikat.
Pemimpin-pemimpin Negara Asing berkenaan memberi teguran secara ikhlas kerana mereka dapat melihat dengan jelas kezaliman Dr Mahathir.
Rakyat jelata juga dapat melihatnya. Yang buta hati, buta mata, dan pekak telinga ialah kuncu-kuncu Dr Mahathir.
TO ALL SUPPORTERS & SYM PATH I S E RS O F
True to form, as a result of US Vice President Al Gore's comments, Dr Mahathir's bunch of sycophants have begun, and will continue repeatedly, their incessant attack on so-called "external interference" and "foreign support" of the Reformasi Movement.
Of course we have every right to feel offended by the remarks, but couldn't we do so with civility and dignity? - like the response given by Date Najib for instance, instead of the rude and uncalled for emotional outburst ala Rafidah?
Already Dr Mahathir's team of tale-spinners is working overtime to level innuendoes and falsehoods towards Anwar Ibrahim.
The media, especially the New Straits Times and Utusan Malaysia and all TV stations will spare no effort to discredit Anwar and the Reform Movement. Dr Mahathir of course will savour the role of the innocent injured party, hoping in the process, to gain sympathy from the Rakyat. Alas, they continue to think that we the Rakyat are morons.
Would foreign government and Heads of States criticise our country blindly if they had no reasons to do so? Wasn't it Mahathir's evil action and intention that sparked the criticisms?
Aren't we also guilty of interfering in the domestic affairs of other countries? Remember faraway Bosnia? Somalia? Do we have the right to comment and "interfere"? Of course we do so and we should.
We must continue to be vigilant and continue to condemn all forms of atrocities and evil deed no matter how small it is.
That's what Al Gore did!