Konspirasi Jumaat 23 Oktober 1998?

Hari Jumaat 23 Oktober, 1998 mungkin sahaja satu hari biasa kepada orang ramai, tetapi sebenarnya ia adalah suatu hari yang luar biasa kepada beberapa orang, sekurang-kurangnya begitulah kepada Dato' Seri Dr Mahathir, Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Mokhtar dan Tan Sri Lamin.

Mengapa ia hari yang luar biasa bukanlah sukar untuk difahami, kerana pada hari berkenaan telah diadakan suatu mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Meskipun mesyuarat berkenaan tidak disertai oleh Ketua Hakim Negara (jikalau beliau ikut serta maknanya lengkaplah korum!) namun kehadiran empat pihak berkenaan sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan syak-wasangka mengenai mendesaknya mesyuarat berkenaan diadakan.

Dari satu segi, tidak dapat dinafikan bahawa mesyuarat berkenaan berupa satu lagi acara yang menyokong kesahihan tuduhan bahawa wujud konspirasi peringkat tertinggi yang membabitkan perlaksanaan undang-undang di negara ini.

Soal yang paling menarik untuk dijawab ialah, apakah ia tidak membuktikan bahawa wulud usaha konspirasi untuk memanipulasi keputusan yang bakal ditentukan oleh badan kehakiman, terutamanya bagi kes-kes utama yang sedang berjalan di mahkamah sekarang.

Dari lain segi pula, mesyuarat itu juga tentulah semakin menjelaskan lagi akan tuduhan bahawa wujud satu konspirasi peringkat paling tinggi untuk mempastikan karier politik Date' Seri Anwar Ibrahim dibunuh melalui proses undang-undang.

Apapun isu yang dibincang pada mesquarat hampir dua jam pagi/petang Jumaat 23 Oktober itu, rasanya tidaklah keterlaluan untuk menjangka bahawa kita semua akan mengetahuinya dalam beberapa peringkat dan proses pejalanan kes yang membabitkan Anwar di mahkamah.

Kalaupun mesyuarat berkenaan bukan satu acara konspirasi dan hanyalah suatu mesyuarat biasa pihak-pihak yang terbabit dalam perlaksanaan undang-undang negara ini, tentulah pihak Majlis Peguan ikut dijemput menghadirinya?

Apa lagi yang dapat dinyatakan, kerana Lamin (PMR) menghadin mesyuarat itu di PeJabat Perdana Menteri (?) dengan menggalas dua beg bimbit yang sarat dengan dokumen!