KEMPEN REFORMASI RAMADHAN

Menyedari bahawa:
 

1. Musuh-musuh negara Mahathir dan kroni-kroninya masih tidak mahu bertaubat walaupun kini telah berada di dalam bulan  Ramadhan.

2. Penyokong-penyokong Mahathir tidak menghormati Islam dan bulan Ramadhan dengan terus menipu dan membohong di dalam mahkamah.

3. Bulan Ramadhan adalah bulan suci, perlu disucikan bumi ini dari kuncu-kuncu syaithan seperti Mahathir dan kroni-kroninya.

4. Jihad REFORMASI perlu diteruskan.

5. Demonstrasi di hentikan buat seketika dan akan hanya dijalankan semula selepas bulan Ramadhan.

6. Majoriti rakyat masih mahu meneruskan perjuangan REFORMASI.

7. Isu-isu Reformasi boneka Amerika dan lain-lain hanyalah usaha sia-sia mereka untuk memesongkan pemikiran rakyat untuk tidak menyukai REFORMASI dan dengan itu sekali gus menolak kehendak rakyat.

8. Rakyat sudah muak dengan Mahathir.

9. Rakyat tidak mahu ditipu lagi, rakyat mahu Mahathir si MAHAZALIM undur sekarang !!!
 

Dengan itu di lancarkan KEMPEN REFORMASI RAMADHAN yang akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Sembahyang hajat bersendirian sebanyak-banyaknya supaya Allah SWT;

2. Mencetak, mengedarkan dan memakai riben putih, lencana, T-Shirt serta lain-lain yang melambangkan kesatuan seluruh umat di Malaysia menuntut keadilan dan menentang kezaliman. Badge dan T-shirt bolehlah mengandungi perkataan-perkataan berikut:

Keadilan untuk Anwar, ADIL pilihan kami, Anwar our Hero, GERAK, Mahathir undur sekarang, Kami sokong Anwar, Anwar for PM, Mahathir Resign Now, Mahathir is Public Enemy No. 1, Justice for Anwar, Justice for Papa, Stop the Police Brutality, dan sebagainya.

Pemakaiannya pula adalah di semua tempat terutamanya pada sembahyang Terawih dan di "shopping complex" pada hari Sabtu dan Ahad.

3. Bagi yang berkemampuan sedekah kurma dengan memasukkan 3 biji dalam beg plastik kecil dan kepilkan tulisan "salam reformasi" pada beg tersebut. Beg-beg ini bolehlah diedarkan semasa berbuka di masjid-masjid. Kelebihan amalan ini adalah sesiapa yang berbuka dengan kurma tersebut kita akan dapat sama pahala berpuasanya disamping pahala jihad menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

4. Semasa berbuka dan ada kelapangan jangan bersembang kosong, berzikir kepada Allah atau ajak mereka berfikir mengenai kezaliman Mahathir dan fikir cara menumbangkan Mahathir di dalam UMNO atau semasa pilihan raya.

5. "Print" dan edarkan rencana-rencana memberi penerangan kepada rakyat terutama pada sembahyang Jumaat dan semasa Terawih.  Rencana dalam internet cuma dinikmati oleh segelintir umat, oleh itu bantulah REFORMASI dengan mengedarkan kepada yang tidak kecapaiannya.

Kita memohon pertolongan Allah didalam perjuangan kita. Semoga Allah memenangkan Islam dan membantu DS Anwar Ibrahim.
 

SALAM REFORMASI