Alhamdulillah, para reformist ini nyata tidak
mudah dibuai arus sokongan yang ketika itu pada perkiraan Mak Cik memang
sedang hangat. Siapa kata para reformist tidak berdisiplin!
Kami kemudiannya terus ke KLCC sebab Pak
Cik nak sembahyang di sana (surau favourite). Sepatutnya Mak Cik biarkan
Pak Cik meletakkan kereta dibasement tetapi sebab Mak Cik nak cepat, Pak
Cik pun letak kereta dikawasan terdedah. Jadi hari tak dapatlah Mak Cik
menjalankan hobi Spot the SB. Yang Mak Cik nampak ialah anak-anak yang
mengikut rombongan sekolah. Adalah 4 buah bas sekolah di kawasan
itu.
Selesai sembahyang, kami ke Kg. Baru semula
dan meletakkan kereta di tempat sesuai dan berjalan ke arah masjid. Kali
ini sukar bagi Mak Cik nak buat anggaran sebab jalan di sini banyak simpangnya
tetapi Mak Cik terdengar perbualan telefon seorang lelaki Inggeris. Beginilah
lebih kurang:
Right now I am at Jln. Raja Abdullah. Oh
yes, there's a demonstration going on. It's big. This one is big. I would
say there are thousands of people here. Can you please inform the Commissioner?
Pak Cik kata kemungkinan mereka
ini dari British High Commission. Mak Cik
tak pasti sama ada mereka terus berada di situ sebab kami beredar untuk
mencari tempat lebih sesuai.
Kami berdiri di seberang Masjid. Orang ramai
berkumpul di kawasan masjid.Ada seorang anak muda bertanyakan Pak Cik mengenai
episod tembakan.Pak Cik kata dia tak tahu dan membuat andaian mungkin itu
helah polis. Kemudian ada 3 anak muda berbual tentang perkara yang sama.
Mak Cik cakap dengan Pak Cik, mesti cerita ini betul sebab anak muda yang
bertiga ini amat bertanggung-jawab kelihatannya. Mak Cik tak tahu
nak ceritakan bagaimana tetapi cara mereka berefomasi bukanlah cara telur
separuh masak, berkeyakinan dan tegas dalam tindakan. Umpamanya bila poster
diwiper bas terlipat, segera mereka betulkan tanpa menyebabkan gangguan
kepada lalu-lintas. Sebenarnya pengawal-pengawal reformasi telah
menjalankan tugas mereka dengan baik. Mak
Cik mesti beri special mention kepada seorang reformist yang berseluar
bermuda yang tidaklah setanding pakaian Azwan Anggun yang memang amat aktif
mempastikan kelancaran perhimpunan. Pada suatu ketika, ada sekumpulan 2
pemberita asing dan seorang juruvideo yang sibuk mengambil gambar dari
tengah-tengah jalanraya. Si pemberita asing ini menahan bas Intrakota supaya
beliau dapat mengambil gambar yang ada poster terselit di wipernya. Biasalah
dia orang ni, diberikan betis hendakkan paha pula tetapi reformist contoh
ni ternyata tidak kemaruk publisiti, disuruhnya pemberita itu ke tepi dan
diarahkan bas berjalan.
Sedang seronok bertepuk tangan dan menunjukkan
isyarat ibu jari, kami ditegur oleh anak saudara Pak Cik. Katanya jalan
masuk dari simpang Jln.Sultan Ismail sudah ditutup polis. Dia pun bergerak
kerana nak ke tempat keretanya. Waktu itu lebih kurang jam 10 malam. Malam
masih muda.
Mengikut aturcara, perhimpunan tamat jam
10.30 malam. Mak Cik yang mematuhi arahan pun bersurai pada ketika itu
kerana nak balik menyusukan anak.Waktu kami tinggalkan Kg. Bahru, suasana
di simpang masjid masih hangat. Penghargaan MakCik kepada konvoi
reformasi, juga kepada pemandu-pemandu yang secara tidak langsung terperangkap
dalam konvoi tetapi rata-rata semuanya membunyikan hon dan melemparkan
senyum.