Saudara pengarang,

Saya adalah seorang pelanggan tetap majalah massa semenjak bulan April 1997 dan diteruskan sehinggan kini iaitu jun 1998 hingga jun 1999. No. daftar ialah UM130162.

Sebelum melanggan Massa, saya adalah pembaca tetap majalah tersebut. Pada saya majalah Massa merupakan sebuah majalah yang bermaklumat dan memuatkan hanya berita dan artikel yang bermutu dan terkini.

Tapi, saya kecewa kera sejak kebelakangan ini, Massa seolah - olah hilang idealisma dan kreativiti dalam menyampaikan maklumat dan berita. Hal ini lebih ketara semenjak " Tragedi 2 September "di mana perana Massa seolah - olah sebuah majalah yang hanya sebuah penerbitan berita murahan dan bersifat mengajak pembaca supaya mempercayai dan menyokong kepada satu pihak sahaja.

Liputan dan laporan Massa mengenai kes DS Anwar amat mengecewakan saya dan mungkin pembaca tetap Massa yang lain. bermula dari tarikh 2 September, seolah - olah DS Anwar adalah musuh nombor 1 Massa.

Kini, keluaran terbaru Massa 21 - 27 November bil 165 amat keterlaluan. Mengapakan segala gaya hidup dan privacy Shamsidar dan Azmin di dedahkan kepada umum. Apakah motif dan tujuan Massa berbuat demikian? apakah perlunya mereka digambarkan seolah - olah terlalu mewah. Bagi saya, ianya tidak lebih dari satu bentuk provokasi bagi mengaibkan dan merendahkan mereka, kerana mereka adalah pihak yang rapat dengan DS Anwar.

Sebaliknya, saksi lain seperti Ummi, Normala, Azwan dan Ziela digambarkan sebagai seorang yang berkaliber, elit, berpesonaliti dan sebagainya.

Saya tidak bercadang untuk menulis dengan lebih panjang lagi mengenai kepincangan Massa yang dapat saya perhatikan selama ini. Oleh itu saya amat berharap agar Massa di lain keluaran akan lebih bertanggungjawab, adil dan mengekalkan Massa yang pernah saya kenali sebelum ini.

Sehingga ini saya masih berminat untuk terus membaca Massa, tapi jika rencana dan kandungan masih tidak berubah, apa yang boleh saya katakan ialah selamat tinggal Massa dan Utusan.

Sekian. Salam hormat.

Saya yang benar.

t. t
wira11@hotmail.com