SEBAB CHE DET PI MEKAH

Menurut cerita yg sedang heboh diperkatakan di seluruh negeri Kedah sekarang ini ialah tujuan Che' Det naik haji ke Mekah tahun ini ialah kerana takut untuk pulang ke kawasan parlimennya Kubang Pasu memandangkan sambutan yang sangat dingin yang bakal diberikan oleh rakyat di sana pada Hari Raya Korban nanti.

Biasanya spt tahun2 terdahulu Dr M akan turun sendiri ke Kubang Pasu untuk menyerahkan beberapa ekor lembu untuk dikorbankan pada hari Raya Korban. Tetapi untuk tahun ini Dr M terpaksa mewakilkan shj kpd Man Arop untuk menyampaikan korban bagi pihaknya kerana malu dan takut dgn sambutan yang sangat dingin drpd rakyat Kedah.

Sekarang rakyat Kedah sudah bertekad untuk memulaukan apa sahaja majlis-majlis rasmi kerajaan atau parti yang diadakan oleh BN untuk memberi isyarat bahawa BN sudah tidak lagi relevan dan tidak diterima oleh rakyat Kedah. Rakyat Kedah insyallah akan menolak BN pada p/raya yang akan datang.

Dr M sudah takut pada bayang2nya sendiri dan tidak sanggup lagi bertentangan mata dan muka dgn rakyat Kedah. Dia tahu rakyat sudah cerdik sekarang dan tidak lagi boleh digula2kan spt dahulu lagi. Sebenarnya yg menyebabkan rakyat Kedah begitu kuat menyokong BN selama ini kerana sebab terbesarnya ialah banyak tokoh2 pemimpin2 besar Umno negara dari sejak zaman mula2 merdeka sehingga sekarang ini adalah dari Kedah dan mereka merasakan pemimpin2 Umno dari Kedah ini mampu membawa kemajuan dan perubahan kepada Kedah.

Sebab itulah orang2 Kedah selama ini di seluruh Malaysia berkorban apa sahaja, jiwa-raga, harta-benda, tenaga, buah fikiran dll demi utk memastikan pemimpin2 politik dari Kedahlah yang paling 'agung', paling bijak dan paling berkemampuan sekali untuk memerintah Malaysia ini.

Sebab itulah PAS sangat susah menang di Kedah walaupun Kedahmerupakan salah satu kubu Pas yang paling kuat di Malaysia dan Pas memang berimpikan dan bercita2 sejak dari dahulu lagi agar dapat menakluki Kedah.

Wasallam.

- Kedah Langkasuka -
 

bersambung...