Kuala Lumpur : Satu pengadilan dan perbicaraan
di sebuah mahkamah
sedang dijalankan dihadapan seorang Hakim
Mahkamah tinggi yang baru
sahaja dinaikan pangkat untuk mendengar kes
Anwar Ibrahim, bekas
Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri
Kewangan.
Tetapi pada pembukaan sidang mahkamah tersebut
nyata bahawa Perdana
Menteri, Mahathir Mohammad dan masyarakat
Malaysia juga turut
dibicarakan.
Walaubagaimanapun, sidang Mahkamah tersebut
cuba dibayangi dengan
kesahihan dan keluhuran prosidur mahkamah
yang sedia ada sejak zaman
British memerintah sehinggalah kemerdekaan
negara pada 1957. Malangnya
beberapa peristiwa telah mencemarkan keluhuran
mahkamah tersebut dan
ini tidak dapat diterima dan sesungguhnya
memalukan.
Anwar Ibrahim yang telah pun dihukum oleh
Perdana Menteri sebelum
kesalahan diatas lima tuduhan-tuduhan menyalahguna
kuasa dan rasuah
serta lima tuduhan meliwat. Sebelum tuduhan-tuduhan
ini dapat didengar
dan diadili di mahkamah, semestinya mangambil
sepenuhnya peluang ini
untuk menonjolkan kepada keseluruhan masyarakat
Malaysia yang
berbilang kaum bahawa sudah tiada lagi keluhuran
di dalam sistem
kehakiman dan perundangan serta kedaulatannya
telah pun jelas tercabul.
Bagaimanakah pengadilan mahkamah yang sedang
berjalan dapat berlaku
adil kepada Anwar Ibrahim apabila Peguam
Negara tiba-tiba mengumumkan
pada satu sidang media pada 2 November, 1998
dengan tiada timbangrasa
dan beretika dan sebagai Peguam Negara Mokhtar
Abdullah sepatutnya
sangat arif dan bijaksana agar tidak menekan
dan mengugut untuk
mengenakan tuduhan-tuduhan baru apabila perbicaraan
ke atas lima
pertuduhan yang sedang dijalankan kini selesai
kelak !
Bagaimana pula dengan komentar-komentar dan
sidang akhbar-sidang
akhbar yang melibatkan Perdana Menteri dan
lain-lain orang tertentu
bersifat prejudis mengatakan sekiranya Anwar
Ibrahim terhukum maka
Malaysia akan beruntung dan terselamat dan
sekiranya kelak keputusan
mahkamah membuat keputusan berpihak kepada
Anwar, Malaysia akan rugi
dan terancam.
Jelas didalam hakikat perundangan negara,
perbuatan Mahathir Mohamad
dan orang-orang ini adalah satu penghinaan
kepada mahkamah, kepada
sistem perundangan dan kehakiman serta keseluruhan
rakyat Malaysia
yang menghormati Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-undang
negara sebelum ini. Apakah yang menyebabkan
Yang Arif Tuan Hakim
Augustine Paul menolak permohonan peguam-peguam
Anwar berhubung
dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menghina
mahkamah yang mulia
tersebut ? Pada masa yang sama, semua rakyat
Malaysia yang waras dan
berakal dapat membuat rumusan berhubung dengan
Mahathir Mohamad dan
orang-orangnya sengaja menyampaikan budaya
takut kepada masyarakat
Malaysia.
Di ketika yang sama, Yang Arif Tuan Hakim
Augustine Paul dengan
lancang menafikan hak dan status pemerhati
kepada
permohonan-permohonan yang dibuat oleh Badan-badan
seperti NGO dan
wakil-wakil Bangsa-Bangsa Bersatu dengan
berkata bahawa,
"Permohonan-permohonan ini sekiranya dibenarkan
adalah merupakan satu
Penghinaan kepada Mahkamah dan seolah-olah
mahkamah tidak akan berlaku
adil ke atas sidang perbicaraan yang akan
dijalankan".
Drama dan babak-babak yang memalukan ini yang
telah dilakunkan oleh
Perdana Menteri Malaysia - Mahathir Mohamad,
Peguam Negara - Mokhtar
Abdullah dan Yang Arif Tuan Hakim - Augustine
Paul tidak akan lengkap
tanpa ungkapan dan kata-kata yang memeranjatkan
dan memalukan oleh
Mohammad Said Awang - Bekas Pengarah Cawangan
Khas, bahawa dia akan
berbohong sekiranya diarahkan olah pegawai-pegawai
atasannya demi bagi
membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah cuba
menganggu penyiasatan
polis berhubung dengan dakwaan perlakuan
seks diluar tabii oleh Anwar.
Jelas, persidangan mahkamah akan berlangsung
dengan perlahan termasuk
penyiasatan oleh Pasukan Penyiasat yang diketuai
oleh Mohd Zain -
Ketua CID Melaka berhubung dakwaan bahawa
Anwar telah ditumbuk dan
disepak dibahagian muka, mata dan tengkok
sehingga pengsan semasa
dibawah tahanan ISA oleh Polis dan berkemungkinan
berterusan sehingga
tahun hadapan.
Ini adalah satu pakatan politik yang pasti
akan dibuat oleh pihak
Pendakwa. Soalnya apakah motif disebalik
politik pihak pendakwa ini?
Dengan lain perkataan, memang benar dan ujud
pakatan jahat dan kotor
diperingkat tertinggi di ketuai oleh Perdana
Menteri Malaysia,
Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan dan menamatkan
kerjaya politik
Anwar Ibrahim bagi kepentingan peribadi dan
kekal berkuasa mutlak
tanpa dicabar pada pemilihan Majlis Tertinggi
disidang perwakilan UMNO
1999.
Malunya Malaysia pada hari ini tetap akan
terus dimalukan lagi di masa
yang terdekat ini. Negara kita dimalukan
kerana perbuatan seorang dari
rakyat yang bergelar Perdana Menteri memalukannya
sedemikian rupa
seolah-olah 21 juta penduduk Malaysia telah
mengizinkan dan
mengiktiraf segala perbuatan Mahathir untuk
melanggar hak asasi
manusia, sistem perundangan dan demokrasi
di Malaysia. Ini tentulah
lebih memalukan daripada pakatan jahat dan
penyalahgunaan kuasa dan
rasuah oleh Mahathir Mohamad itu sendiri.