MAHATHIR MAHU JADIKAN MALAYSIA NEGARA POLIS

Koridor Raya Multimedia (MSC) tidak akan berjaya seandainya negara ini mengamalkan dasar sebagai sebuah negara polis, demikian dinyatakan oleh seorang panel penasihat utamanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 'tidak boleh mengharapkan syarikat-syarikat teknologi tinggi yang terbesar di dunia untuk datang membawa masa depan digitalnya ke negara ini sedangkan pada masa yang sama bekas timbalannya dan orang-orang seperti Munawar Anees dicampakkan oleh polis ke penjara dan kemudian dipukul, " kata Alvin Toffler di dalam Global Viewpoint.

"Itu bukan masa depan yang dia (Dr Mahathir) ungkapkan kepada rakan-rakan luar negara atau yang tergambar di dalam Wawasan 2020," katanya

Dr Mahathir secara peribadi telah menjemput Toffler untuk menjadi penasihat kerajaan berhubung dengan MSC, bersama-sama dengan pemimpin teknologi dunia seperti Bill Gates dan ketua-ketua syraikat seperti IBM dan Sony.

Toffler memuji projek untuk era Internet ini, menyatakan bahawa "satu percubaan untuk mewujudkan Lembah Silikon ( Silicon Valley ) di negara ini yang 30 tahun dahulu merupakan negara pengekspot getah, balak dan timah".

MSC diharapkan menjaya Wawasan 2020 Dr Mahathir' satu progrem yang dijana untuk membawa Malaysia menjadi salah sebuah diantara negara-negara maju.

Apa yang menjadikan projek ini bermakna ialah janjinya untuk meluluskan satu siri "undang-undang siber" yang akan menjamin kebebasan syarikat untuk mendapatkan maklumat, kebebasan untuk membawa pekerja berpengetahuan dari negara lain dan perlindungan hak intelektual yang terbaik di dunia.

Dia berkata: "Malah lebih menakjubkan, Mahathir nampaknya satu-satunya pemimpin Islam di dunia ini yang mempunyai wawasan era-maklumat terhadap masa depan, daripada terpaku dengan zaman lampau."

"Malangnya, di dalam beberapa minggu mutakhir ini, wawasan Mahathir nampaknya telah mula lebur. Daripada sepatutnya dia mengusahakan strategi untuk bertanding di era maklumat global ini, beliau sebaliknya ingin melaksanakan cara-cara pemerintahan sebuah negara polis."

Toffler memberitahu bahawa timbalan Dr Mahathir yang dipecat (Anwar Ibrahim),"merupakan simbol utama abad ke 21, ingin membina satu rangkain ekonomi global, seorang pemimpin terpelajar Islam yang diteirma duniag yang pernah mengucapkan tentang hak kebebasan wanita, kebebasan akhbar dan lain-lain kemajuan yang terkandung dalam gelobang ketiga ".

Beliau menambah bahawa beliau merasa terkejut dengan kes sahabatnya Dr Munawar Anees, yang telah membuat pengakuan mengadakan homoseks dengan Anwar, tetapi telah dimasukkan ke hospital dan menarik balik pengakuannya.