15 Januari 1999
ANDAINYA PILIHANRAYA DIADAKAN DIDALAM WAKTU TERDEKAT INI :
PILIHAN KITA ORANG MELAYU

Kini kian tersebar beberapa andaian serta khabar angin bahawa rejim Mamak Bendahara  D.K.K (Darjah Kerabat Kelentong) mungkin mengadakan pilihanraya umum peringkat kebangsaan didalam tempoh terdekat ini . Usaha ini dirangka akan dijalankan didalam dua atau tiga bulan ini , selepas rejim selesai "membereskan" kes Datuk Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) dan isu - isu yang berkaitan . Samada "perjudian" serta percaturan politik ini berasas atau sebaliknya , yang pasti kerajaan negeri Sabah tamat mandatnya dan akan dibubarkan tanggal 18 Mac ini , serta wajib diikuti dengan pilihanraya peringkat negeri .

Tujuan disini bukan untuk menganalisa bila dan mengapa sebenarnya pilihanraya nasional akan diadakan . Tujuannya ialah untuk menghayati tugas sebenar kita sebagai anak Melayu Islam serta rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik tulin ( bukan setakat mengibar bendera percuma dan melaungkan slogan membabi - buta ) didalam menghadapi pilihanraya sekiranya diadakan . Penghayatan ini merujuk kepada PILIHAN kita serta bentuk MANDAT yang akan diberikan diwaktu pilihanraya nanti . Ulasan selanjutnya akan berkisar keatas perkara - perkara yang wajib dipertimbangkan sebelum kita membuat keputusan serta kepada SIAPAkah kita harus memberikan mandat kita yang amat berharga itu .

Sejak kebelakangan ini , kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang menggemparkan , mengaibkan lagi mendukacitakan bukan sahaja keatas umat Melayu khususnya , malah negara amnya . Kemuncak kepada honar keatas umat kita ialah kes penganiayaan serta pengaiban sistematik oleh rejim MBDKK keatas DSAI . Tidak termuat didalam rencana jika isu ini mahu diperincikan dengan lebih jitu lagi ilmiah . Tetapi jelas kepada semua ( termasuk mereka yang "diatas pagar" yang bukan juak rejim ) yang berfikiran rasional , bahawa penganiayaan ini telah melampui batas agama serta tatasusila kaum kita .

Ini termasuk diantaranya , penggunaan "surat layang" ( termasuk yang dibukukan sebagai "dalil" ) yang kemudiannya  diberi "pengiktirafan" oleh rejim serta jentera perundangannya ; penghakiman oleh "hakim MBDKK" sebelum pendakwaan dan perbicaraan rasmi "kununnya" diatas dasar kepentingan parti dan ummah ; penyalahgunaan segenap jentera kerajaan serta media tempatan ; penggunaan kekerasan serta pelbagai cara biadap lagi kejam untuk melenyapkan sebarang bentuk bantahan , walaupun secara aman oleh kaum sendiri ; mengemukakan dakwaan serta memenjarakan individu - individu tertentu dengan pelbagai tuduhah yang aib lagi mencurigakan ; memutar - belit serta memperkotak - katikkan sistem perundangan negara dengan tatacara pendakwaan dan penghakiman yang dipersoalkan kewibawaannya , serta pelbagai lagi kedurjanaan yang tidak "celuih" untuk dinyatakan disini . Kesemuanya dijalankan diluar batas akhlak serta perundangan, baik perundangan Islam mahupun sekular, didalam menamatkan riwayat DSAI .

Kedurjanaan ini didorong oleh kerakusan MBDKK dan juak - juaknya untuk mengekalkan tampuk kekuasaan mereka , seterusnya membolot hasil mahsul negara bagi kepentingan peribadi . Didalam percaturan keji mereka ini, DAIM, MIRZAN , RENONG serta kelompok PERSYARIKATAN MAHATHIR adalah jauh terlalu penting dan "syumul" kedudukannya dan mesti diselamatkan serta dipupuk , tidak kira melalui apa cara sekalipun . Dengan berqiblatkan kebendaan , segala yang haram lagi keji telah dihalalkan . Justeru itu, segala tuntutan agama , peradaban , perundangan negara serta kepentingan bangsa dan negara telah dipersetankan sahaja , semata - mata bagi memenuhi agenda keji ini . Barangsiapa yang menjadi penghalang kepada niat durjana ini , termasuk DSAI sendiri mesti dihancurkan dengan segera.

Kita sebagai orang Melayu yang masih berfikiran rasional serta beragama wajib menentang kekejaman ini dari terus berleluasa . Jihad untuk membenteras kezaliman dan kemungkaran ini bukan sahaja bagi memenuhi tuntutan agama serta peradaban bangsa , malah demi masa depan kita serta
anak cucu kita kelak .

Sesetengah daripada kita mungkin memperlecehkan isu ini sebagai suatu isu peribadi yang melibatkan DSAI sahaja . Sikap alpa ini mungkin bertunjang dari andaian bahawa penganiayaan keatas DSAI tidak mungkin mempengaruhi secara langsung kedudukan serta kepentingan kita .

Penulis hanya mahu men"reformasikan" pemikiran serta pendirian umat Melayu amnya yang masih rasional lagi beragama . Bagi golongan keparat ( maaf korporat ) Melayu , opportunis serta juak - juak kecil dan besar rejim pula , "barah aqidah" mereka ini tidak mungkin boleh dipulihkan lagi , lantaran pergantungan mereka kepada nikmat kedudukan politik , "kontrak" serta "bailouts" yang dijanjikan , lebih - lebih lagi tatkala bisnes mereka kini yang semakin nazak .

Sebagai contoh kealpaan ini , seorang drebar teksi ibukota ( yang diberitahu kepada penulis ) pernah berkata  "...Mahathir naik ke..Anwar jatuh ke...pakcik masih kekal memandu teksi sewa...rezeki kekal secupak..jadi buat apa pakcik nak pedulikan.." .Andaian ini amatlah meleset sekali kerana samada "rezeki secupak bertukar menjadi segantang" adalah ketentuan Allah s.w.t yang mesti disusuli oleh IKHTIAR kita sendiri .

Konsep IKHTIAR ini bukan sahaja setakat berusaha lebih gigih didalam perkerjaan kita  , malah , kita juga mesti berikhtiar untuk mewujudkan suatu SUASANA yang mampu mencernakan kesejahteraan diri dan keluarga kita . Suasana yang dimaksudkan itu ialah suatu suasana AMAN DAMAI YANG HAKIKI .Suatu suasana yang bertunjangkan sistem pentadbiran serta keadilan yang hak bukan yang batil . Suasana yang hak hanya boleh dipelopori oleh mereka yang bertauhidkan kebenaran dan taqwa , amat menghargai mandat serta amanah rakyat sendiri dan sentiasa takut kepada hakim maha agung dunia dan akhirat , iaitu Allah s.w.t .

Hanya melaui sistem pentadbiran yang hak sahajalah mampu menjamin kesejahteraan kesemua rakyatnya . Sistem sedemikian mampu memastikan bahawa rakyat boleh meneruskan kegiatan harian mereka tanpa rasa takut mahupun curiga . Ianya akan memastikan bahawa hanya yang layak serta kuat berusaha akan mendapat laba yang sewajarnya , yang lemah dipelihara
dan terbela , manakala mereka yang durjana tidak akan terlepas atau bermaharajalela . Didalam suasana baru yang lebih adil lagi telus ini , kita boleh membayangkan perubahan - perubahan berikut :
 

Tapi sejauh mana polis akan bertindak tegas keatas "puak" mereka sendiri , lebih - lebih lagi jika pegawai yang terlibat , rakyat sudah sedia maklum .

Janganlah kita mudah "termakan" janji manis rejim yang mengomongkan sistem pentadbiran yang berteraskan "perpaduan dan kestabilan" . Sistem mereka hanya bertunjangkan kebendaan dan nafsu peribadi . Mereka tidak menghargai amanah dan mandat rakyat . Sebaliknya , mereka lebih gemar memperguna serta menodai amanah tersebut dengan menjayakan pelbagai
agenda peribadi kemudian cekap ( melalui propaganda media serta jentera kerajaan ) mengabui mata rakyat dengan menjaja "kununnya" dasar serta usaha mereka ( yang mempunyai kepentingan peribadi yang tersirat ) adalah "untuk rakyat" . Lantaran hanyut didalam kerakusan kebendaan serta kuasa mutlak yang tidak tercabar , maka mereka merasakan diri mereka amat berkuatkuasa , lalu telah luput rasa takut serta taqwa mereka kepada Allah s.w.t . Jika mereka tidak menghormati amanah Allah s.w.t , masakan kita boleh mengharapkan kepimpinan yang rosak aqidah ini untuk menghormati amanah manusia , yakni rakyat amnya serta umat Melayu khususnya ?

Pelbagai contoh boleh dikemukakan , antaranya , usaha Sukan Komanwel . Berbiliun ringgit telah dibelanjakan bagi membina kemudahan sukan , penginapan dsb. termasuk pembinaan lapangan terbang serba canggih yang melibatkan tambahan berbiliun lagi , iaitu KLIA . Walhal keseluruhan temasya tidak lebih dua minggu sahaja . Rakyat telah diomongkan "kununnya" projek - projek ini dapat "meningkatkan imej negara kita dimata dunia" , "mengukuhkan semangat patriotisma rakyat" , sifat "Malaysia Boleh" dll . Kesemuanya merupakan habuan yang tidak boleh diperhitungkan secara zahir . Kepimpinan yang berhemah pengurusannya sewajarnya lebih berhati - hati membelanjakan sumber zahir negara ( terutamanya dari kantung negara yang melibatkan berbiliun wang rakyat ) sedangkan manfaatnya sesuatu yang kurang zahir dan lebih bersifat subjektif serta andaian semata - mata .

Sekarang Komanwel sudah tamat , kita harus bertanya samada ada sesen pun hasil yang dapat dijana oleh kompleks berbiliun yang tersergam indah tersebut ? Dimanakah ribuan serta jutaan pengembara yang diandaikan oleh rejim boros ini tatkala membina KLIA yang berbiliun ini ? Mungkin tikus - tikus yang berkeliaran ( termasuk didalam pesawat MAS yang terpaksa berpatah balik dari Australia baru - baru ini ) boleh "menjawab" . Adakah berbaloi membelanjakan begitu banyak wang keatas laba yang lebih bersifat subjektif / andaian semata -mata ?

Persoalan yang juga timbul adalah samada "imej yang tinggi dimata dunia" , "semangat patriotisma" serta pelbagai manfaat ( yang dicanangkan oleh rejim ) yang telah mengorbankan berbiliun ringgit itu mampu membaikpulih ekonomi kita yang begitu gawat kini ? Jika kita menghadapi kekurangan bekalan barang keperluan nanti ( lantaran harga yang semakin medadak ), adakah laungan kosong ini mampu mengisi perut anak - anak kita ? Apakah tidak mungkin jika kita tidak terlalu boros , maka dana yang "terselamat" mungkin mampu membolehkan kita memulihkan ekonomi kita tanpa perlu "menyeluk" ke dalam kantung EPF , LUTH , LTAT , SOCSO dsb , dimana kesemuannya adalah dana milik rakyat bagi tujuan persaraan dan masa depan mereka ? Adakah penjamin kepada pengeluaran wang dana rakyat ini iaitu MBDKK ( sekarang berusia 73 tahun ) serta juak - juaknya masih kekal hidup untuk mengotakan jaminan mereka tatkala kita sudah bersara kelak dan mahu mengelurkan simpanan bagi keperluan hari tua kita nanti ? EPF ADALAH SIMPANAN HARI TUA ( KITA ) DAN BUKAN SIMPANAN HARI TUA
"ANDA" ( M.B.D.K.K DAN JUAK - JUAKNYA )

Diatas hanyalah sebahagian daripada "kemungkaran serta kezaliman" ekonomi , lantaran sistem yang didokong oleh rejim ini . Terlalu banyak lagi kezaliman serta kemungkaran politik , perundangan , keugamaan dll. yang rakyat sendiri boleh menilainya secara rasional . KESEMUANYA memberi kesan yang mendalam secara langsung atau tidak langsung keatas kesejahteraan serta masa depan kita . Mewujudkan suasana yang "kununnya" aman , damai dan stabil melalui patriotisma ( dan ketaksuban ) kepada rejim MBDKK yang zalim lagi menyeleweng , bukan sahaja TIDAK BERASAS malah akan mendatangkan MUSIBAH yang tatkala itu nanti mungkin sudah terlewat bagi kita untuk mengesalinya .

Tambah lagi , Allah s.w.t amat memurkai kezaliman dan kebiasaannya (seperti yang diriwayatkan didalam umat terdahulu seperti umat nabi Nuh, bani Israil dll. ) akan menurunkan bala mala petaka di DUNIA ini juga , keatas SEMUA tidak kira penzalim dan mereka yang dizalimi juga .

Justeru itu , tiada gunanya kita berpenat lelah hanya semata - mata menambah pendapatan kita jika wujud suasana yang TIDAK MENENTU LAGI MENCURIGAKAN . Suatu suasana penuh KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN yang bukan sahaja akan menggugat "periuk nasi" kita , malah lambat laun , akan menggugat keselamatan serta kesejahteraan diri , keluarga serta bangsa kita . Lantaran itu , kita tidak boleh ALPA serta membutakan mata serta hati kita terhadap perkembangan yang amat membahayakan ini .

SEBAGAI SEORANG ANAK BANGSA DAN KETUA KELUARGA , KEALPAAN SERTA KEENGGANAN KITA UNTUK MEROBAH KEZALIMAN SERTA PENYELEWANGAN INI BUKAN SAHAJA MERUPAKAN PENGABAIAN TUNTUTAN AGAMA , MALAH KITA SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH MENGIAKAN PENGAIBAN BANGSA SERTA MEMBANTU MENGHANCURKAN MASA DEPAN ANAK CUCU SERTA DIRI KITA SENDIRI.

KITA MENGANDAIKAN BAHAWA KITA BERHADAPAN DENGAN PENJAJAHAN LUAR ( LANTARAN PROPAGANDA SESAT REJIM ) . WALHAL , KITA SENDIRI TIDAK SEDAR BAHAWA DENGAN MEMBENARKAN MASA DEPAN BANGSA DAN DIRI DIBOLOT SERTA DIPERJUDIKAN OLEH ORANG KITA SENDIRI , KITA SECARA HALUS TELAH MEMBIARKAN DIRI KITA DIJAJAH OLEH PEMIMPIN KITA SENDIRI . POKOKNYA , KITA SECARA TIDAK LANGSUNG , TELAH MENZALIMI AGAMA , BANGSA, ANAK CUCU SERTA DIRI KITA SENDIRI . SEDARLAH WAHAI ANAK MELAYU , GUNAKAN AQAL YANG WARAS, HATI YANG TERBUKA , BERTAUHIDKAN AL QUR’AN DAN SUNNAH , SERTA MENGHAYATI PERADABAN KITA.
 
Sesetengah daripada kita juga mungkin merasa keliru serta serba salah dengan perkembangan terkini . Ini disebabkan Melayu dan UMNO sebelum ini merupakan dua jasad yang saling melengkapi . UMNO diibaratkan sebagai wadah tunggal orang Melayu sedangkan orang Melayu itu sendiri adalah nyawa UMNO .

Namun kita harus bijak membezakan diantara WADAH serta MELAYU itu sendiri . Slogan "UMNO itu adalah MELAYU" hanya berasas sementara PARTI itu masih memperjuangkan kepentingan orang Melayu . Kepentingan ini bukan hanya setakat memastikan ketuanan Melayu atau melahirkan jutawan Melayu sahaja , tetapi merangkumi KESELURUHAN aspek orang Melayu itu sendiri . Ini termasuklah aspek UGAMA , PERADABAN , WACANA serta KESEJAHTERAAN orang Melayu yang hakiki .

Benar , dahulunya UMNO telah berjasa kepada orang Melayu . Lantaran itulah majoriti umat Melayu ( termasuk penulis ) telah memberikan mandat kukuh kepadanya . Malangnya , UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang selari dengan WADAH orang Melayu . Pertimbangan UGAMAnya ( mempersendakan sunnah serta ulama yang diiyakan oleh ulama "bisu"nya ) serta PERADABAN ( dengan menganjurkan fitnah serta pengaiban luar batasan ) sudah luput serta diinjak - injak oleh mereka sendiri . WACANA orang Melayu yang menuntut pembangunan rohani dan jasmani yang seimbang serta pengagihan kekayaan yang adil lagi telus , telah dilupakan .

Yang amat malang lagi , KESEJAHTERAAN umat Melayu sendiri bukan sahaja tidak terbela malah kian tergugat . Tidak pernah didalam sejarah mana - mana pemimpin UMNO sebelum ini , belantan kekejaman polis dihayun menggila keatas kepala anak Melayu sendiri , termasuk ke atas orang tua dan wanita . ( Tanya sendiri orang Kampung Baru ) . Tidak pernah
didalam sejarah UMNO sebelum ini , orang kedua tertinggi didalam parti boleh dihumban dengan kejam ke penjara , dibelasah teruk hingga pengsan , serta diperiksa didalam keadaan berbogel dan dalam serba mengaibkan . Tidak pernah juga didalam sejarah UMNO asal , ahli UMNO begitu takut untuk membahaskan yang hak bukan setakat takut kehilangan "kontrak" , malah takut di "ISA" kan nanti .

Pokoknya , UMNO yang ada hari ini BUKAN lagi UMNO yang dikenali dan disanjungi oleh orang Melayu suatu ketika dahulu. Ianya BUKAN LAGI WADAH orang Melayu . Halatujunya sudah terpesong malah politiknya tidak lebih daripada ala PARTI KONGRES INDIA serta parti - parti di TAMIL NADU lain yang porak peranda prinsipnya serta dipenuhi dengan pengampu serta pengadu - domba opportunis ( Mungkin ini berkait dengan pemimpin "agung"nya kini , yang asalnya sekerat K_ _ _ _ G ) .

UMNO yang asal sudah MATI , yang tinggal hanyalah sebuah parti persis cara "UGUT ( jika tak undi aku , negara dan Melayu porak peranda ) , MEROMPAK ( harta negara dan semua bisnes aku punya ) , NAYA ( Hakim , pendakwa dan polis aku punya , suka hati aku nak dakwa / ISA sesiapa ) ORANG ( mana - mana individu yang bukan kelompok ku ) .

Orang Melayu harus berwaspada terhadap taktik MBDKK , "kununnya" untuk memberi "wajah baru" kepada UMNO . Perlantikan Dollah Badawi serta rombakan kabinet baru - baru ini merupakan suatu perubahan luaran sahaja . Ini adalah kerana punca BARAH didalam parti itu , iaitu MBDKK serta juak - juaknya , masih bermaharajalela dan berkuasa mutlak .Sedangkan yang lainnya hanya "pak turut" sekadar mampu berbicara "YA, MAMAK BENDAHARA" . Selagi BARAH ini tidak dibuang jauh dari UMNO maka "penyakit" nya bukan sahaja kekal tidak sembuh didalam erti kata sebenarnya , malah akan MELARAT lagi ke kesemua cabang kepentingan umat Melayu .

Juga , janganlah orang Melayu terpedaya memakan "sirih cetti" MBDKK bahawa "kununnya" ahli UMNO mampu membuat perubahan dalaman parti bagi memperbetul - kan kesilapan serta halatujunya . Ini adalah kerana lebih 16 tahun lalu , seorang idealis dari gagasan Islam yang kukuh , bernama Saudara Anwar Ibrahim , juga telah "termakan" sirih laknat ini untuk memasuki UMNO "kununnya" bagi membawa "perubahan dalaman" . Kini kita sudah maklum nasib yang menimpanya . Justeru itu selagi "barah" didalam UMNO tidak dibuang ( mesti dibedah dan dibuang jauh ke dalam Lautan Hindi ) maka sebarang usaha memulihkannya tidak akan berhasil .

Tambah lagi , jika DSAI yang terkenal dengan hemah , keterampilan serta kepimpinannya itu , boleh diinjak sebegitu hina ( untuk membawa "perubahan dalaman" ) maka masakan kita boleh mengharapkan "pewaris" lain seperti Dollah "hanya ada satu kepten" Badawi , MeGAG ( Gomol Artis Gebu )  Junid , ulama’nya seperti Hamid Othman ( Aishah Bohari murtad - itukan kisah cintaa ? ) mahupun pemimpin "pelapisnya" seperti Mudin "Anchor Beer" Hussin , Zein "Mahjong" Isma mahupun Zaharah "Lalang Pahang" Sulaiman , yang masing - masing jauh lagi kerdil kepimpinan dan hemahnya untuk melakukannya ?

JUSTERU ITU , ORANG MELAYU MESTI BERANI SERTA TEKAD UNTUK MENOLAK "UMNO BARU" INI . IANYA TELAH MENGKHIANATI PERJUANGAN ORANG MELAYU . SEGALA MANIS UMAT MELAYU TELAH DIBALASNYA DENGAN TUBA . JUSTERU ITU , IANYA WAJIB DITOLAK DENGAN MANDAT YANG KUAT DAN DIGANTIKAN DENGAN WADAH LAIN YANG SEWAJARNYA DIBERIKAN KEPERCAYAAN BAGI MENZAHIRKAN WADAH SERTA MENINGKATKAN MERTABAT MELAYU DAN ISLAM .

Justeru itu , jika ditakdirkan DSAI masih dibelenggu di dalam tahanan , serta pilihanraya umum diadakan , maka orang Melayu mesti tekad serta bertawakkal untuk mengundi PAS atau mana - mana parti PEMBANGKANG didalam kelompok GERAK atau GAGASAN atau yang mendapat pengiktirafan ADIL . Orang Melayu juga harus berwaspada terhadap pelbagai "parti
nyamuk" yang tumbuh "bak cendawan selepas hujan" dengan menciplak ide perjuangan pendukung reformasi .

Kehadiran parti - parti ini yang diterajui oleh individu - individu yang sangsi asal - usulnya serta tidak mendapat "restu" terbuka dari ADIL / GERAK / GAGASAN amat mencurigakan serta dipercayai sebagai taktik murahan rejim untuk cuba mengelirukan rakyat serta memecahkan undi pembangkang . Ini jelas memperlihatkan kegerunan rejim terhadap gerakan reformasi .

Mengenai PAS serta sekutu pembangkangnya didalam GERAK , rakyat khususnya umat Melayu mesti berani membuat perubahan . Benar , mungkin PAS dari zahirnya , tidak sehebat UMNO dengan bijak pandai serta teknokratnya . Namun golongan bijak pandai serta teknokrat UMNO BARU inilah yang bijak ilmu dunianya tetapi cetek ketakwaannya , yang begitu
licik menzalimi serta menindas rakyat , menyeleweng seterusnya memporak - peranda-kan kesejahteraan agama , bangsa dan negara .

PAS seringkali dikritik sebagai "lembab" ide pembangunan kebendaannya . Tetapi kita harus melihat pemerintahannya di Kelantan . Semundur PAS sekalipun , amat ketara sekali bahawa rakyat pada amnya bebas menjalan kegiatan hariannya tanpa ditindas pemerintah . Kaum bukan Islam tidak dipinggir sementara hak mereka terpelihara . Kemajuan syariat Islamnya pula jauh lagi tinggi dibanding dengan ulama MBDKK .

Justeru itu , paling buruk sekalipun ( ini boleh dipertikaikan kerana Islam bukan anti - pembangunan ) kesan pemerintahan PAS ialah kemungkinan pembangunan kebendaan kita "perlahan" sedikit . Namun kesejahteraan hakiki yang ditawarkan oleh PAS adalah jauh lebih "murah" dan lebih bermakna berbanding dengan janji pembangunan kebendaan UMNO BARU yang penuh dengan kepalsuan serta penderitaan nanti .

Apa yang UMNO BARU mampu tawarkan ialah kemajuan kebendaan tanpa moral yang bertunjangkan "WAWASAN 2020" ala MBDKK . Tetapi keruntuhan peradaban , akhlak serta penindasan merupakan harga tinggi yang terpaksa "dibayar" oleh umat Melayu sekarang serta generasi akan datang . Tambah lagi , bukan sahaja kita takut nikmat kemajuan ini akan hanya dinikmati oleh juak - juaknya sahaja , malah lebih malang lagi , ketuanan Melayu mungkin luput ( tinggal boneka Melayu yang melahap rasuah serta "artis" yang diumpan orang luar ) serta Melayu kebanyakannya akan tinggal pengemis dan pemerhati di tanah tumpah darahnya sendiri .MAKA KETIKA ITULAH KITA BENAR - BENAR DIJAJAH SEMULA .

Menentang kezaliman adalah suatu tuntutan yang tidak boleh diremehkan . Kerana kita tidak memegang tampuk kekuasaan buat masa ini , maka kita tidak terdaya menentang belantan serta kekejaman lain polis rejim . Namun , kita masih mempunyai aqal serta pendirian kita yang tidak mungkin diinjak atau ditindas oleh rejim ini . Justeru itu , senjata kita adalah UNDI kita . Kerana ianya hanya boleh digunakan sekali , maka gunakanlah dengan penuh berhemah serta bijaksana demi masa depan diri dan anak cucu kita juga , agar kita dan mereka tidak menyesal di hari kemudian .

MAT KILAU BARU