TENTERA TERLIBAT DI KAMPUNG BARU

17hb November 1998

Ini berita yang sudah disahkan dengan sumber-simber yang rapat dengan Datuk Mohamad Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara. Kelmarin Isnin 16.11.98 Datuk Mohamad Rahmat telah memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negara di Kementerian Penerangan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil angkatan tentera dan polis. Mesyuarat itu
dipanggil kerana terdapat bukti-bukti kukuh bahawa anggota tentera mengambil bahagian aktif di dalam
peristiwa demonstrasi aman di Masjid Kampung Baru pada Sabtu 14.11.98 yang kemudian menjadi ganas
apabila pasukan polis cuba menyuraikan para demostran.

Di dalam kejadian di kampung baru itu, salah seorang demontran telah mengeluarkan dan menunjukkan kad MIO (military intelligence officer) beliau kepada seorang ahli politik anak kampung baru yang berada di tempat kejadian.

Sumber-sumber RN mendapat maklumat anggota tentera itu memberitahu beberapa demostran lain bahawa beliau adalah salah seorang daripada 40 orang MIO yang ada di situ.

Satu sumber lain memberitahu adalah dipercayai sekitar 200 orang anggota tentera dari Kem Wardieburn juga berada di kalangan para demostran.

Terdahulu daripada ini sudah kedengaran gosip mengatakan ada anggota tentera terlibat di dalam serangan polis ke dalam Masjid Kampung Baru pada 30.10.1994, yang merupakan peristiwa ganas pertama sejak
Dato' Seri Anwar dipecat.-RN