KEZALIMAN KE ATAS PUAN PENDEK AHMAD

Hari ini saya terbaca kisah puan Pendek Ahmad di dalam Majalah Muslimah keluaran terbaru (Disember98).Kisah cucu puan Pendek Ahmad yang dikatakan dirogol oleh seorang yang ternama beberapa tahun yang lalu di Melaka. Majalah Muslimah telah mengadakan satu temubual dengan puan Pendek Ahmad pada bulan lepas. Beberapa perkara menarik telah didedahkan oleh puan Pendek Ahmad.
 
Puan Pendek dilaporkan berkata:

'Satelah berita ini tersebar melibatkan ahli politik negara, Perdana Menteri sendiri telah berjumpa cucu mak cik.Cucu mak cik telah menceritakan segala-galanya perbuatan tertuduh, tetapi langsung tidak mendapat perhatian Perdana Menteri. Akhirnya, dia (orang ternama)tidak didakwa sedangkan cucu mak cik ditahan di Pusat Tahanan seri Puteri, Rembau.Semasa kes dibicarakan, beliau dikatakan mempunyai rekod bersih sedangkan cucu mak cik pula dikenakan tuduhan baru. Seramai 14 orang lelaki telah dibicarakan dimahkamah dan mengatakan mempunyai hubungan seks dengan cucu mak cik. Mak cik ingin membuat pembetulan, disini dia (gadis) sekali lagi menjadi mangsa.Dia sendiri tidak kenal kesemua lelaki itu. Mak cik membuat andaian mereka semua diupah.'
 
YAB PM  sendiri membuat siasatan dan beliau sendiri tidak berusaha untuk membela saorang rakyat yang telah dianiaya. Bukan setakat itu malah telah membuat satu konpirasi untuk membersehkan nama perogol ternama itu. Saya hairan dengan dengan ucapan ucapan nya seolah-olah satu perjuang bangsa yang unggul tetapi sebenarnya saorang yang begitu zalim.
 
Kepada penyokong YAB PM saya berharap semoga mendapat kesedaran. Kezaliman ini mestilah ditamatkan. Pemerintahan yang adil dan dapat membela rakyat yang daif dan lemah adalah kemahuan semua rakyat .Marilah kita semua bersatu menolak pemimpin  saperti YAB DS Dr  Mahathir.
 
Kepada SB-SB yang berada dalam gerak-net ini saya ingin memberitahu bahawa  suami puan Pendek Ahmad adalah bekas polis pencen.Kezaliman ini mungkin akan menimpa kamu  juga pada satu hari nanti kalau kita tidak berjaya menyekatnya  sekarang.  Masa untuk perubahan adalah sekarang.
 
Diakhir puan Pendek Ahmad dilapurkan berkata:
 
'Mak cik lihat semua ini sebagai ujian dan takdir yang menimpa keluarga kami.Doa mak cik, biarkanlah. Ini masa mereka. Mak cik sering berdoa semoga Allah menurunkan balasan kepada mereka yang menganiaya kami sekeluarga.'
 
Mari kita semua berdoa bersama mak cik Pendek Ahmad dan juga kita berusaha menyekat kezaliman ini daripada terus menjadi barah dalam negara yang tercinta ini.
 
 
Wassalam.
 
Abu Talib Khan.