Cerita Satu Malam

Mata Air

    Orang tua-tua selalu berpesan kalau nak cari mata air biar yang menyenangkan kita kelak, jangan nanti asyik menyusahkan saja. Tapi Najib pelik tengok kawan sepejabatnya si Muzailan tu, tiap-tiap malam kena balik lewat sebab nak ambil mat air dia. setiap kali ditanya itu jelah jawabnya.
    "Lan, kau nak balik lewat hari ini?" Soal Najib kesian.
    "Biasalah, aku kena tunggu pukul sembilan nak ambil mata air." Jawapan ringkasyang diberikan oleh Muzailan tidak memuaskan hati Najib.
    Besok ditanyanya lagi sebab Najib nampak Muzailan tersenggok-senggok dekat mejanya. "Hei! Nak tunggu mata air sampai susah macam ni, kalau aku tak payahlah, kat mana kau selalu ambil mata air kau tu?"
    "Kalau kau nak tahu boleh tapi kena rahsiakan tempatnya, aku tak nak kecoh-kecoh, nanti semua orng tahu, lecehlah. Alah, dekat taman belakang tu."
Menggeleng kepala Najib tak terkata, apalah yang nak disorok-sorokkan sangant mata air dia, cun sangat ke, tapi kerja apa pulak balik pukul sembilan lepas tu tunggu kat taman.
    "Ah! lantak kaulah!" Najib pun membiarkan Muzailan    
     keseorangan.
     Bila pulang ke rumah Najib masih terfikir tentang kawanya itu, aku kena, aku kena nasihat si Lan ni, tak manis orang tengok tiap-tiap malam ambil perepuan dekat taman, heh! Tah-tah dia kawan dengan puteri bunian tak, hish! Simpang malaikat empat puluh empat!
"Aku ni bukan apa Lan tapi aku musykil kalau kau ambil mata air kau hantar kat mana?"
"Dah tentulah kau bawa balik rumah."
"Astaga! Kau ni, biar betul."
"Heh! Aku nak pakailah, dah aku ambil takkan tak nak pakai, bengonglah kau, kalau takda mata air, nak pergi kerja pun tak senanag!"
Astaga! Apa nak jadi engkau ni, dah masuk setang agaknya, keras keoala tak nak dengar nasihat orang, aku takda jalan lain selain daripada ambil tindakan." Najib nampaknya mampu bersuara dalam hati dan melihat Muzailan berlalu.
Tanpa berlengah, Najib pun menelefon JAWI dan dia pasti serbuan itu pasti akan membuat Muzailan insaf.
Malam itu dia menuggu di bawah flet tempat tinggal lama Muzailan, bila pasukan JAWI datang dia pun turut serta. Mereka pun membuat serbuan.
Terkebil-kebil mata Muzailan apabila mendapati ramai yang berserban datang rumahnya di tengah-tengah malam buta.
"Apa hal ni encik-encik semua? Heh! Najib, kau pun
         ada.
        "Pihak kami mendapat aduan bahawa encik melakukan khalwat di dalam rumah ini. Boleh kami masuk?"
"Emmm...mmm.." Belu habis cakap semuanya dah pun menyerbu masuk. Bagaimanapun mereka keluar semula kemudiannya setelah tidak menjumpai sebarang bukti.
"Puas hati? Takkanlah saya buat perkara terkutuk." Lepas tu semua orang memandang Najib.
"Habis tu yang kau bawa balik mata air kau tu tiap-tiap malam tu mana dia?"
" Ya Allah! Itu mata air..airlah. Sekarangkan musim kemarau takda air, jadi aku ambil alternatif lain dari menuggu lori air yang bawa air keruh tu, itu sebab aku ambil mata air kat taman tu. Kau ni dah salah faham. Aku ambik malam-malam sebab tak nak orang lain tahu, lecehlah bila ramai ornag tahu..."
"Kenapa kau tak cakap siang-siang?"
"Dah kau selalu tanya malam-malam?" jawab Muzailan sinis. Najib hanya menudukan kepala sebab malu sangat. Orang-orang JAWI tu pun pergi sambil menggeleng kepala. Kes macam tu pun ada!...

 

 

button1.jpg (3973 bytes)button2.jpg (3495 bytes)button3.jpg (4568 bytes)button4.jpg (4708 bytes)
button5.jpg (4522 bytes)button6.jpg (5006 bytes)button7.jpg (4392 bytes)
button8.jpg (4208 bytes)button9.jpg (2937 bytes)
button10.jpg (3703 bytes)