Jangan berputus asa

 

Syirik dengan Allah itu boleh berlaku apabila seseorang itu mengadakan tuhan

yang lain dari Allah, hukum dan undang-undang yang lain dari undang-undang

Allah. Syirik sebegini, Allah SWT tidak akan mengampuninya.

 

Adapun zalim yang boleh diampuni oleh Allah SWT ialah zalim hamba terhadap

dirinya sendiri dan dalam hubungannya dengan Allah. Ini bererti dia berdosa

terhadap dirinya sendiri dan Allah. sementara itu zalim yang Allah Taala

tinggalkan sesuatu ialah zalim terhadap hamba yang lain.

 

Zalim ini Allah pulangkan kepada orang yang dizalimi itu jika dia memaafkannya

maka diampunkan dosa orang yang zalim dan jika tidak ia akan dibayar dengan

pahalanya di hari akhirat kelak. Jika pahalanya habis, dosa orang yang dizalimi

pula dikumpulkan dalam dosanya.

 

Abu Idris al-Khaulani berkata: Aku telah dengar Maawiyyah berkata: Aku

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang yang bermaksud: "mudah-mudahan

Allah ampunkan setiap dosa melainkan seorang yang mati dalam keadaan kafir

atau seorang yang membunuh orang yang beriman dengan sengaja."

 

Mungkin ia membunuh itu menghalalkan pembunuhan terhadap orang yang

beriman dan menjadi kafir dengan sebab itu. Adapun yang membunuh orang

tetapi dikenakan hukuman qisas sebelum mati, dosanya diampunkan atau yang

membunuh tidak dikenakan hukuman qisas tetapi bertaubat dengan taubat

"nasuha" diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

 

Abu Zar menceritakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiada

seorang hamba yang mengucap "Lailaha illallah" kemudia mati di atas ucapan

itu, Allah memasukkannya ke dalam syurga (kerana dia mempunyai iman dengan

ucapan itu). "Lalu aku bertanyakan Rasulullah s.a.w.: Bagaimana pula jika dia

berzina dan mencuri, wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Walaupun dia berzina dan mencuri." Abu Zar mengulangi pertanyaan yang

sama, dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Sekalipun dia berzina dan mencuri."

Abu Zar tidak boleh berkata apa-apa dalam masalah ini.

 

Abu Zar terpaksa menerima hukuman ini kerana ia ditetapkan oleh Allah SWT.

Ini menandakan betapa luasnya rahmat Allah SWT yang menerima taubat

orang-orang yang bertaubat dengan hati yang ikhlas, selagi orang itu tidak syirik

dengan Allah SWT, selagi orang itu beriman dan tidak tidak membatalkan

imannya.

 

Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. katanya datang seorang lelaki mengadap

Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Apakah dua perkara yang

mewajibkan?" Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mati dan

tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka wajib baginya

syurga. Dan sesiapa yang mati tetapi menyengutukan Allah dengan sesuatu yang

lain, wajib baginya neraka."

 

Oleh itu jika melihat seseorang yang mengerjakan dosa besar, jangan sekali-kali

kita mengatakan kita berkata: "Kamu tidak lagi mempunyai harapan untuk masuk

syurga." Ataupun orang yang terbabit dalam dosa besar itu berputus asa dengan

rahmat Allah dan berkata: "Aku tidak ada harapan untuk masuk syurga," kerana

orang yang beriman tidak boleh berputus asa.