Jangan campuri urusan Allah

 

Sebelum itu, rakan yang banyak melakukan ibadat itu berkata: "Celaka kamu!

Berhentilah dari perbuatan jahat kamu itu?"

 

Rakan yang melakukan kejahatan itu berkata: "Biarlah aku dengan Tuhanku!

Adakah engkau dibangkitkan untuk menjadi pemerhati dan mengurus

amalanku?"

 

Rakannya terus memarahinya dan berkata: "Demi Allah ! Kamu (dosa kamu)

tidak diampun oleh Allah atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga

selama-lamanya."

 

Lalu Allah mengutuskan satu malaikat kepada kedua-dua sahabat itu dan

memerintahnya mencabut nyawa kedua-duanya dan roh kedua-duanya

dihimpunkan di hadapan Allah SWT.

 

Allah membicarakan kedua-dua roh itu di hadapan-Nya dan berfirman kepada

roh yang melakukan dosa yang bermaksud:

 

"Pergilah! Kamu masuk syurga dengan rahmat-Ku." Apa yang disebut oleh

rakan yang berdosa itu hanyalah: "Biarkan Aku (dosa ku) dengan Tuhanku

sahaja." Maksudnya: "Biarlah aku selesaikan dosa, aku dengan Tuhanku sahaja.

Tidak perlu orang lain masuk campur." Mungkin dia menyatakan demikian

dengan ikhlas walaupun dalam keadaan kejahilan.

 

Sementara itu Allah berfirman terhadap roh rakan yang kuat beribadat yang

bermaksud: "Adakah engkau seorang yang alim berkenaan dengan urusan

manusia? Adakah seorang yang berkuasa atas urusan syurga dan neraka?"

 

"Wahai malaikat-Ku! Bawalah orang itu ke dalam neraka." Allah memerintahkan

roh yang bersungguh -sungguh mengerjakan ibadat tetapi menunjukkan

kesombongannya, dimasukkan ke dalam neraka.

 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang nyawa Abul

Qosim (gelaran kepada Rasulullah s.a.w. dinisbahkan kepada anak sulung yang

bernama al-Qosim) berada di dalam genggaman-Nya! Sesungguhnya dia telah

bercakap dengan suatu kalimah yang telah membinasakan dunia dan akhirat."

 

Ini kerana orang yang berkenaan (yang kuat beribadat itu) telah melampaui batas

Allah SWT seolah-olah dia yang berkuasa membahagi-bahagikan syurga dan

neraka kepada manusia.

 

Jika hanya menceritakan kelebihan dan keburukan amalan ahli syurga dan neraka

tidak menjadi kesalahan di sisi Allah tetapi amatlah ditegah mendakwa si anu bin

si anu masuk neraka dan yang lain masuk neraka.

 

Sepatutnya kita hanya berdoa mudah-mudahan mereka masuk syurga kecuali

orang yang telah ditetapkan atau dikhabarkan melalui Rasulullah s.a.w. bahawa

si anu bin si anu masuk syurga seperti 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh

Allah dan nabi-nabi yang ma'sum.

 

Kita mengharapkan orang kafir masuk Islam. Walaupun hari ini dia kafir tetapi

Allah boleh menjadikan orang yang berkenaan menjadi Islam bila-bila masa

sahaja yang dikehendaki-Nya kerana hidayah dan rahmat Allah itu luas dan

Dialah sahaja yang berkuasa menentukan siapa sahaja yang mendapat hidayah

atau sebaliknya.

 

Memang benar orang yang kafir melakukan kerja-kerja kufur tetap dalam

kekafirannya tetapi mudah-mudahan dia mendapat hidayah dari Allah sehingga

memeluk Islam dan berjuang menegakkan agama Allah itu.

 

Ini menandakan bahawa Allah memberi amaran keras terhadap manusia yang

mencampuri urusan Allah SWT.