SERUMPUN KATA PENGETUA
Tn.Hj.Mustadza bin Hj.Md. Yusof
(PENGETUA)
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH dan SELAMAT SEJAHTERA
SELAMAT DATANG saya ucapkan kerana kesudian tuan-tuan dan puan-puan melawat Laman Web sekolah ini.
Ketika perjalanan sejarah mula mendekati ambang millenium ketiga (Tahun 2000), Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak juga telah mengorak langkah menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan sekolah ini sebagai Sekolah Bestari.
 Hal ini perlu untuk memastikan "Kualiti Pendidikan Yang Bertaraf Dunia" yang merentas pelbagai benteng disiplin, ilmu dan budaya akan terserlah sebagai realiti. Justeru itu, saya mengharapkan dengan adanya kemudahan Internet di sekolah ini, warga pendidik, pelajar serta kakitangan sekolah tidak akan ketinggalan dalam arus pendidikan yang bersifat global khususnya dalam penggunaan Teknologi Maklumat. Secara tidak langsung kemudahan ini akan dapat melahirkan pendidikan yang bermutu, menampilkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta tidak ketinggalan dalam arus pemodenan, kemajuan teknologi dan informasi terkini.
 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sekolah ini juga dalam proses peralihan daripada sekolah harian biasa kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama menjelang tahun 2000. Sekolah ini kelak akan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak. Insyaallah.

 

Sekian, terima kasih.

 

HJ.MUSTADZA BIN HJ.MD. YUSOF
PENGETUA,
SEK.MEN.KEB.TUN PERAK
77000 JASIN, MELAKA.