BAGAIMANA BERKOMUNIKASI DALAM UNIX???.

Dalam ruangan ini angah akan tunjukkan bagaimana caranya kita berkomunikasi 
di dalam unix.....terdapat pelbagai cara komunikasi dalam unix antaranya 
ialah talk,  write,  banner dan sebagainya.  Mari kita lihat satu-persatu...

TALK

Dengan menggunakan arahan talk pada prompt, kita akan dapat menghubungi 
rakan kita atau sesiapa sahaja yang menggunakan sistem unix pada masa
berkenaan.  Untuk mengesan pengguna sistem unix ketika itu, bolehlah
menggunakan arahan finger dengan mengenalpasti host-host yang digunakan.

Contoh arahan finger ialah:
(angah): finger @cs.usm.my     ;
di mana cs.usm.my adalah host bagi pelajar-pelajar sains komputer.

Selepas mengenalpasti dengan siapa ingin kita hubungi, gunakan arahan
berikut:
(angah): talk csi44865@cs.usm.my

Selepas itu tetingkap akan terbahagi kepada 2 bahagian;  bahagian atas 
akan tertera mesej yang kita taip dan bahagian bawahnya adalah mesej 
pasangan kita.  Anda bolehlah berbual seperti menggunakan program chat
di dalam internet.


WRITE
Dengan menggunakan arahan write kita juga boleh menghubungi pengguna lain
yang melogin pada masa itu tetapi terhad kepada host yang sama sahaja..
Contohnya,  putra boleh write kepada putra, wira1 kepada wira1. Jika berlainan
host mesej "write failed" akan dipaparkan.

Contoh arahan:
(angah): write csi44865
Apa khabar????...

Maka pada skrin yang ditujukan akan tertera mesej tersebut beserta dengan
pengirimnya sekali.

Dengan arahan ini juga, kita boleh menghantarkan sesuatu fail kepada orang
yang kita ingini.  Gunakan arahan berikut:

(angah): write csi44865

 

WALL
Arahan wall adalah sama dengan write tetapi penggunaannya lebih meluas.
Arahan ini bertujuan untuk menghantar mesej yang sama kepada semua pengguna
yang ada pada ketika itu.  Namun angah nasihatkan jangan biasakan guna 
bende alah ni. Bahyer..nanti kene marah. Tapi sebab ilmu angah ajarkan 
jugak. Kalau buat tanggung sendirik la beb....

Contoh arahan:
(angah): wall Apa Khabar???..

Kesannye..semua pengguna ketika itu akan memperolehi mesej yang sama 
dari anda..best kan....


BANNER
Dengan menggunakan arahan banner lak....kita akan dapat write ngan member
dengan menghantar mesej dalam tulisan yang besar-besar......Gunakan arahan
berikut:

(angah): banner Hai.. | write csi44865

Hasilnyer amat menakjubkan..hehehehe....
#        # 	      #  	    ###
#        #  	    #  #           #
#        #  	 #        #        #
#####	#          #       #
#        # 	######       # 
#        # 	#          #       #
#        # 	#          #     ###    

Ok...cukup setakat ni dulu....kita jumpa dihari dan waktu yang same
minggu depan bersama ANGAH.........A.N.G.A.H...AAAANGAH.....

 

Kembali Ke Menu Utama

Klik Di Sini:


CARI :

Angah