TIPS DARI ANGAH...
Menghalang Fail Daripada Di Salin
Ada sesetengah daripada kita suka mengambil fail tugasan orang lain,
mengeditnya dan menjadikan ia sebagai tugasan miliknya. Mengapa ini berlaku?.
Sebenarnya para pengguna mempunyai mod capaian yang tersendiri ke atas
acc orang lain. Terdapat 3 golongan pengguna...admin, persendirian dan
kumpulan. Secara lalainya, acc kita membenarkan capaian untuk administrator,
diri sendiri dan kumpulan lain. Inilah yang menyebabkan fail kita dapat di
capai oleh orang lain.
Di sini angah akan turunkan cara yang mudah utk menghalang orang lain dari
menceroboh direktori kita. Hanya dengan beberapa langkah berikut:
1. Setelah melogin ke dalam acc, ubah direktori utama kepada direktori
sebelumnya. Caranya ialah dengan menaipkan "cd .."
~ANGAH~>
user/student/int97
~ANGAH~> |
(sebelum ini ialah user/student/int97/csi44865)
2. Untuk mengesahkan anda berada pada direktori yang betul, gunakan arahan
"pwd".
3. Jika anda sekarang berada dalam direktori intXX maka gunakan arahan berikut:
~ANGAH~> dengan XXXXX ialah nombor matrik.
Ini bermakna, kita tidak membenarkan orang lain mencapai direktori kita.
4. Untuk kembali kepada mod yang asal seperti sediakala iaitu boleh dicapai
oleh semua...gantikan arahan di atas dengan "chmod 777 csiXXXXX"
Sekian......
Tahukah Anda??..
Tahukan anda bahawa password yang anda
gunakan di dalam unix hanya membenarkan 8 digit sahaja?....Ya benar!!!Sesiapa yang
menggunakan password lebih dari 8 aksara masih boleh memasuki acc nya tetapi aksara ke 9
dan seterusnya tidak akan dibaca. Anda boleh buktikannya dengan menaip hanya 8 aksara dan
angah yakin anda masih boleh masuk ke dalam acc anda tanpa aksara berikutnya. Cubalah!!..
Tahukah anda mengenai penggunaan arahan Ctl
L??..Kita sering diganggu apabila sedang berada di dalam unix oleh mesej-mesej yang tidak
diingini. Apabila seseorang menggunakan arahan write, talk dan sebagainya, ia pasti akan
meninggalkan kesan yang mencemarkan skrin anda. Gunakan arahan Ctl L untul
membersihkannya.