Hi semua orang! Adakah anda semua orang?

sudah semestinya!

Ini ialah keratan akhbar Berita Harian bertarikh 5 oktober 1998!

 

Joelle, Noelle menang peraduan kembar

SEIRAS... antara pasangan kembar yang mengambil bahagian dalam pertandingan kembar anjuran Sunday Mail dan Buena Vista Columbia Tri-Star di KLCC, semalam. Pasangan Joelle dan Noelle (tiga dan enam dari kiri) memenangi pertandingan itu. - Gambar oleh Hasan Ismail

KUALA LUMPUR, Ahad - Pasangan Joelle Goh Shin Ping dan Noelle Goh Shih Shin dari Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur berjaya memenangi Peraduan Kembar yang diadakan di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, semalam.

Pasangan yang baru berusia 18 tahun itu masih menunggu peluang belajar di institut pengajian tinggi.

Menurut Joelle, kakak kepada Noelle, mereka memasuki pertandingan itu hanya untuk berseronok di samping memeriahkan lagi pertandingan itu.

"Kami tidak menyangka sama sekali akan memenangi sama sekali akan memenangi pertandingan ini kerana aksi peserta yang lain juga hebat."

"Kami hanya mengambil masa dua hari untuk membuat persembahan pada hari ini," katanya.

Pasangan itu berjaya memenangi pakej penginapan tiga hari dua malam di Hotel The Sheraton Perdana, Langkawi serta penerbangan Air Asia.

Seramai sepuluh pasangan kembar dipilih ke pertandingan akhir dalam Peraduan Kembar tajaan Sunday Mail dan Buena Vista Columbia Tri-Star yang diadakan sempena tayangan filem Parent Trap yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober ini.

Hadiah dan cenderamata adalah tajaan Nestle Smarties, World of Cartoons, PWTC, Suria KLCC, Polygram, Johnson & Johnson serta NTV7.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu bertujuan mencari keunikan serta mengcungkil bakat pasangan kembar seluruh negara.

Pertandingan itu dibuka kepada orang ramai dan peserta hanya perlu mengisi borang serta slogan yang terdapat dalam akhbar Malay Mail.