1. |
Doa perempuan lebih
makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawapan baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. |
2. |
Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimya. maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. |
3. |
Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan ALLAH. |
4. |
Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya. |
5. |
Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan. |
6. |
Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit. maka ALLAH memberinya pahala seperti
memerdehekan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH. |
7. |
Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, dan diharamkan api neraka
keatas tubuhnya. |
8. |
Barang siapa membawa hadiah,
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail. |
9. |
Taip perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). |
10. |
Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. |
11. |
Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. |
12. |
Aisyah berkata, "Aku bertanya
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah,
"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya." |
13. |
Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. |
14. |
Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkanya (serta menjaga sembahyang dan puasa). |
15. |
Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. |
16. |
Syurga di bawah telapak kaki
ibu. |
17. |
Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.a.w) di dalam syurga. |
18. |
Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga. |
19. |
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka. |