KEBAIKAN SISTEM RANGKAIAN (NETWORKING)

 

Terdapat beberapa kebaikan didalam penggunaan Sistem Rangkaian .Kebaikan yang utama adalah mampu berkongsi sumber-sumber seperti cakera liat (Hard Disk) dan pencetak dikalangan pengguna-pengguna Sistem Rangkaian yang sama.

 

Kesemua data-data boleh disimpan di ‘server’ Sistem Rangkaian dan boleh diambil oleh pengguna-pengguna dari mana-mana komputer Sistem Rangkaian. Sebelum ini penguna-pengguna selalunya menggunakan sebuah komputer tertentu sahaja ataupun menyimpan data-data didalam disket. Sekarang pengguna boleh log in ke ‘server’ dari sebarang komputer yang mempunyai sambungan ke Sistem Rangkaian dan menyambung kerja-kerja tanpa perlu menunggu komputer yang selalu digunakan.

 

Kini dengan mempunyai data-data yang tersimpan di dalam ‘server’, pengguna-pengguna tidak perlu bimbang mengenai urusan duplikasi data-data secara individu. Data-data pengguna akan diduplikasikan daripada ‘server’ ke pita (tape) oleh Pentadbir Sistem Rangkaian.

 

Jumlah ruangan simpanan individu yang dimiliki oleh setiap pengguna adalah lebih besar jika dibandingkan dengan simpanan komputer persendirian. Ini akan mmeberikan ruangan yang lebih dan mengurangkan kebimbangan terhadap mesej ‘insufficient disk space’.

 

Disebabkan data-data telah disimpan kedalam ‘server’, ‘spreadsheet’ dan dokumen-dokumen boleh dikongsi oleh rakan-rakan projek dikawasan yang ditetapkan di ‘drive Untuk dokumen-dokumen dan ‘spreadsheet’ sulit peribadi, ia boleh disimpan di ruangan individu pengguna di drive: H.

 

 

<<<< KEMBALI KE MENU KANDUNGAN >>>>