PENGENALAN

Sistem rangkaian (Networking) adalah merupakan suatu komunikasi data yang bermaksud pergerakan maklumat yang telah dikodkan melalui sistem pancaran atau sistem penghantaran. Ia juga merupakan penghantaran data dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Sistem komunikasi data melibatkan penghantaran, kawalan, semakan serta pengendalian pergerakan kod-kod maklumat dari satu tempat ke tempat lain melalui litar-litar komunikasi yang terdiri daripada sistem penghantaran elektrik atau optik yang dikenali sebagai rangkaian komunikasi data (data communication network). Sistem ini digunakan untuk mengumpul dan mengagih data-data elektronik antara sistem-sistem komputer, pangkalan-pangkalan dan kelompok-kelompok pangkalan yang terletak berjauhan antara satu dengan lain.

 

Oleh itu, data-data dan maklumat-maklumat dapat dikumpul di tempat-tempat yang berjauhan melalui pangkalan-pangkalan dan diangkut melalui rangkaian-rangkaian komunikasi ke suatu tempat pusat yang dilengkapkan dengan komputer atau pangkalan untuk diproses atau digunakan, serta juga disebarkan dari tempat pusat ke tempat-tempat jauh. Tempat terdapatnya kemudahan-kemudahan komputer dan pangkalan serta juga kemudahan-kemudahan berkomunikasi dengan tempat-tempat lain dinamakan nod. Sekumpulan nod yang berkomunikasi antara satu dengan lain dikenali sebagai rangkaian (network).

 

 

 

 

<<<< KEMBALI KE MENU UTAMA >>>>