SEKAPUR SIRIH
==============
Alhamdulillah terlebih dahulu saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia serta hidayah-NYA dapat saya menyiapkan halaman WEB ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada kedua ibu-bapa saya yang telah banyak menyumbangkan jasa-jasanya serta budi yang tidak dapat saya balas sehingga akhir hayat saya nanti.
Terima kasih juga kepada pensyarah yang telah banyak mengajar saya terhadap ilmu-ilmu yang banyak mereka sumbangkan. Ucapan terima kasih saya kepada pensyarah En. Hashim Bin Harun kerana telah engajar subjek Akitektur iaitu subjek yang banyak memberi cabaran kepada diri saya ini. Namun melalui subjek ini saya dapat belajar cara-cara membuat halaman WEB ini sehingga inilah hasil yang diperolehi.
Tidak lupa juga kepada teman-teman yang banyak membantu saya tidak kiralah dari aspek pembelajaran , pergaulan dan cara hidup masyarakat. Budi teman-teman sekalian saya amat hargai dan tiada kata-kata yang lebih sedap didenganr melainkan ucapan terima kasih saya kepada kalian semua.
Dan akhir sekali, semoga dengan terhasilnya halaman WEB ini akan dapat memuaskan semua yang membukanya dan akan mendapat pengetahuan dan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada.
" Berilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah, Beramal tanpa ilmu seperti mencurahkan air ke daun keladi, oleh itu marilah kita menuntut ilmu dan mengamalkan apa yang dipelajari"
" Jika di lihat undang-undang yang dibuat dan dicipta oleh manusia nampak cantik dan indah namun apabila diamalkan sering membawa kucar kacir.Sekiranya dilihat dengan mata kasar undang undang yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dianggap tidak logik namun bila diamalkan terasa Baraqahnya".
Sekian,
Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh kepada umat Islam semua….
<<<< KEMBALI KE MENU KANDUNGAN >>>>