SIAPA 93'7

 

KEHIDUPAN DI SDAR DARI 93-97

Sdarians 93'7 mula menjejakikan ke SDAR pada tarikh 7 hb. Disember 1992. Kemudian setelah menjalani orieantasi selama seminggu. Selepas minggu orieantasi kami, batch yang diberi nama MERANTI oleh Fivers kami (89'3) pun mula menjalani hidup seperti Sdarians yang lain. Ada juga pelajar yang tidak dapat menghadapi bahawa mereka terpaksa berpisah dengan ibu bapa mereka telah mengundur diri dari batch 93'7 dan SDAR.

Pada tahun 1994, usia kami telah setahun di SDAR. Pada tahun 1994 kami telah menaiki ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu Tingkatan 2.

1995, tahun yang menjejakkan kaki kami ke tingkatan 3. 1995, tahun kami menduduki Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Walaupun ramai guru-guru yang tidak mempercayai bahawa MERANTI akan mencapai sasaran sekolah dalam PMR, namun 93'7 telah menunjukkan satu keputusan yang menakjubkan. Keputusan PMR iaitu seramai 91 orang pelajar yang mendapat 8A telah meletakkan SDAR di tangga yang kedua di Malaysia dalam keputusan PMR 1995.

'Honeymoon Year', iaitu satu frasa bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 SDAR walaupun sebenarnya tahun inilah yang paling sibuk sekali. Tahun ini telah melayakkan 93'7 mendapat gelaran senior. Tahun ini ada beberapa orang pelajar telah mengundur diri dari SDAR di atas sebab-sebab peribadi. Namun 93'7 telah menerima ahli-ahli baru yang menceriakan lagi batch 93'7. Dalam tahun ini juga 93'7 banyak menerima pujian dari pihak sekolah kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 1995. MERANTI juga telah diberi mandat untuk mendokong harapan sekolah iaitu SPM 1997, seratu peratus gred satu.

Tahun Seribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tujuh iaitu tahun MERANTI atau 93'7 merajai SDAR sekaligus mendapat gelaran super senior. 1997 juga merupakan tahun perpisahan dan tahun di mana peperiksaan yang paling di dalam hidup pelajar, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 1997 penuh dengan kegembiraan dan kesedihan. Pada 24 hb. November 1997 adalah tarikh keramat di mana permulaan SPM. Dan pada 12 hb. Disember 1997 ialah malam terakhir MERANTI di SDAR. Pada malam itu iaitu malam yang dipanggil malam sirih pulang ke gagang, telah diserahkan sijil tamat sekolah kepada Fivers 97. Namun malam ini bukan lagi malam perpisahan bagi 93'7. Pada malam yang berikutnya pula 93'7 telah menghadiri satu majlis jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Fivers 97 sendiri. Pada malam ini dengan dihiburkan oleh band 93'7 sendiri, Fivers 97 telah menghabiskan sisa - sisa malam terakhir bersama.

Itulah antara liku-liku hidup MERANTI di SDAR dari tahun 1993 hingga 1997.

 

 

Laman Utama.......Kelas 93'7.......Di IPT.......Album 93'7.......Alamat 93'7