FITNAH TERHADAP ANWAR
Penjelasan oleh Prof. Dato’ Dr. Harun Din al-Hafiz
Pada 6 September, 1998

Assalamu’alaikum wrt.wbt.

(Setelah memberikan kata puji- pujian kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, beliau meneruskan ucapannya).

Yang dirahmati Allah, saudara Pengerusi Majlis, Yg Bhg Ustaz Razali dan Presiden-Presiden Persatuan-Persatuan, belia, pelajar-pelajar…

Saudara-saudari, kepimpinan masyarakat, tuan-tuan, puan-puan, Muslimin yang dirahmati Allah. Alhamdulillah, niat saya untuk sama-sama menyertai majlis ini Allah kabulkan dan saya tidak mengetahui banyak hal yang berlaku kerana saat-saat akhir berlaku peristiwa yang dikatakan pemecatan ke atas saudara Anwar Ibrahim saya berada di Makkatul Mukarramah. Saya pulang hanya pada hari Khamis, sempat mengikuti di hujung-hujung cerita.

Saya terpanggil untuk menyertai perhimpunan yang seperti ini untuk menyatakan terlebih dahulu pengalaman saya, perasaan saya bila kita kena fitnah. Tadi, Ustaz Razali pernah menyebut bahawa saya juga pernah jadi objek fitnah. Tapi saya orang kecil, bukan orang politik, dan tidak pula Timbalan Perdana Menteri, maka orang ramai tidak tahu. Tetapi sebahagian besar daripada saudara tahu yang kalau boleh saya uruskan dahulu sebagai muqaddimah menyatakan perasaan saya ini.

Saya pernah menjadi objek kepada fitnah besar yang disiarkan dalam beberapa sebaran ketika berlaku kegawatan Arqam dengan kerajaan dahulu. Pada ketika itu saya dihantar banyak surat siaran, yang dalam surat siaran itu menyebutkan "Harun Din telah terlibat dengan skandal dengan seorang bintang filem". Dan saudara tahu siapa bintang filem itu? Malah sampai ke UKM, Harun Din mempunyai anak haram dengan bintang filem ini, dan bintang filem ini telah pun menghubungi Naib Canselor UKM, yang ketika itu menyatakannya "Saya telah disetubuhi oleh Harun Din dan saya sedang mempunyai anak kecil, yang Datuk boleh dengar tangisannya sekarang, (dibunyikan tangisan anak sekejap) yakni tangisan anak dia". Tetapi mungkin Allah memelihara saya ketika itu, tidak banyak orang tahu, tapi isteri saya tahu, anak-anak saya tahu.

Seterusnya saudara tahu, dan jadi polemik besar dalam masyarakat ketika berlaku peristiwa beberapa orang pendakwah, perkataan begini nak kena reserve dah, nak guna perkataan bebas dah kena reserve, sebab pagi tadi ada orang besar menyatakan tidak ada dalam dunia ini pendakwah bebas. Dah kena bantai pula pendakwah bebas. OK. Sekarang gunakan pendakwah yang tidak bebas. Digam daripada disiarkan mana-mana rakaman TV, kerana akhbar semua siar. Pendakwah bebas ini mata duitan. Mereka meminta setiap kali buat rakaman sebanyak 9 ribu ringgit. Ini seorang Menteri yang bercakap, bukan sebarang orang. Kononnya orang kampung semua tahu mereka ini kaki duitan. Fitnah! Mungkin tidak seberat bila sampai ke peringkat Harun Din menjadi objek, menjadi target Perdana Menteri Malaysia yang boleh anda dengar dalam satu tape ucapan dalam perjumpaan Menteri-Menteri Besar. Tape itu setahu saya amat laris di Arau.

Dalam tape itu jelas menyebut tapi percayalah demi Allah, wallahi, sampai sekarang ini, saya belum boleh mendengar tape itu bukan kerana tape tidak ada tetapi ada. Bukan kerana tidak ada recorder, ada! Tapi tidak sampai hati nak dengar. Saya cuba nak dengar, dengar suara tak boleh. Sampai sekarang sayalah orang yang tidak dengar tape. Tapi saya terbaca, transkrip yang dibuat oleh seorang pengarang buku politik, Ahmad Lutfi Othman, dalam buku "Layakkah Anwar mengepalai Reformasi". Ada bertajuk situ, saya tersentak dengan tajuk itu. Saya ingat tajuk itu, pada mula sahabat saya ini, saya kata dia baik dengan saya, datang rumah saya, pernah bercakap dengan saya, rupanya bantai saya juga dari segi tajuk. Tajuknya "Harun Din Penipu Besar". Rupanya di bawah itu ada nota. Notanya "ucapan Perdana Menteri dalam perjumpaan tertutup dengan Menteri-Menteri Besar di Kuala Lumpur yang dihadiri bersama oleh Timbalan Perdana Menteri saudara Anwar Ibrahim" – itu nota bawah. Bila saya baca itu, saya tak tahu pada mulanya apa benda. Cakap pasal Islam, pasal hudud, pasal janggut nabi tak dicukur sebab tak ada pisau blade. Saya ikuti sampai bawah, baru jumpa. Rupanya teks asalnya "Harun Din adalah pembohong besar". Dia mendakwa (ini bukan saya dengar dalam tape, tapi baca teks) dia boleh menyembuhkan penyakit. Pembohong. Bila dia sakit, dia lari pergi ke Australia - takut orang tahu. Sedangkan saya sakit, saya ubat di sini, di Malaysia. Saya percaya, saya serahkan diri saya kepada orang Islam untuk membedah saya. "Dia tak percaya orang Islam, dia lari ke Australia. Dia serah diri pada orang kafir". A’uzubillah.

Kadang-kadang teringat juga saya bahawa rupanya saya telah dibandingkan (sebagai seorang Perdana Menteri boleh bandingkan) diri dia dengan saya. Not bad! Apalah nak bezakan seorang pesakit bernama Harun Din dengan seorang Perdana Menteri yang dia sakit pergi ke hospital. Memang ditunggu oleh semua orang. Tapi Harun Din sakit, pada saat sakit dulu tahun 87, saya pergi ke General Hospital. Dua jam saya di wad kecemasan tanpa seorang doktor atau nurse yang datang tengok saya, sedangkan waktu itu saya tengah sakit jantung. Lillahi Ta’ala. Saya masuk General Hospital. Saya sebut ini nak clarify. Saya tahu semua ucapan saya orang akan dengar. Bagus tu. Tapelah, hantarlah. Saya masuk hospital GH kerana sakit jantung tahun 87, minta dibuat rawatan, masuk dalam wad kecemasan 2 jam lebih kurang, tidak ada orang yang layan saya. Pasal apa? Sebab saya Harun Din! Apakah jika PM masuk hospital kerana sakit jantung, boleh masuk ke emergency? Tunggu 2 jam?

Tetapi, saya dibandingkan begitu. Menuduh saya, takut orang tahu saya sakit. Saya ke hospital, tak berjaya merawat di General Hospital, saya pergi ke Pantai. Pantai tolak saya pergi ke Subang. Pergi ke Subang, Subang tolak saya ke Australia, saya pergi ke Australia. Tetapi akhirnya saya pergi ke Mekah, Mekah tolak saya balik ke Malaysia. Tak apa. Tapi nak menyatakan perbandingan begitu satu pembohongan pula.

Tak ada yang lain yang saya sebut dalam tape itu, dalam tape itu mengatakan bahawasanya, saudara hukum sendirilah, ini fitnah ke tidak fitnah. Dia suruh orang bawa botol letak di depan pintunya pada awal-awal pagi. Dia keluar hembus dalam botol itu, lalu kutip duit daripada orang ramai, maka kaya rayalah dia. Saya tak mahu komen. Betulkah itu? Kata dia lagi bila ada orang sakit datang, sakit sawan, dia letak tengah-tengah pintu dia basuh kepala dengan air yang tidak pernah saya buat seumur saya. Banyaklah lain cerita yang saya nak sebut, panjang sangat, tapi saya nak mengatakan bahawasanya ini kesemuanya senario yang termasuk dalam istilah yang saya sebut tadi, memang saya telah kenal lama dah iaitu fitnah. Dan saya tahu betapa peritnya bila orang fitnah kepada kita, dan saya nak menyokong menyatakan bahawa betapa peritnya fitnah yang telah digunakan ke atas Aishah. Malah sebelumnya betapa peritnya bila Saidina Yusuf a.s. dikatakan terlibat dalam skandal dengan Zulaikha. Dan kesan daripada Yusuf ini pula,Yusuf telah kena masuk penjara.

Saya nak sebut sekarang ini kepada saudara Anwar bahawa memang pernah berlaku dalam sejarah, orang yang innocent, orang nabi yang maksum, yang tidak pernah melakukan kesalahan atas nama maksumnya difitnahkan, dia terlibat dengan skandal seks juga dan dia masuk penjara. Dan Yusuf rela masuk penjara dengan menyatakan "Assijnu ahabbu ilayya ….(surah Yusuf, ayat 33)" kalau inilah fitnah dalam masyarakat aku rela masuk penjaralah. Senang tak ada fitnah dalam penjara. Maknanya kalau orang nak penjarakan saudara kerana orang fitnah kepada saudara, terimalah kerana Nabi Yusuf pernah masuk penjara kerana fitnah.

Saya sebenarnya tidak hendak terlibat sangat dengan hal-hal yang macam ini kerana kalau baca surat khabar, itu cara surat khabar main berita. Bila saudara-saudara nak mengatakan bahawa seseorang itu salah, kena kata banyak-banyak kali "salah, salah, salah, zina, zina, zina, seks, seks, seks, liwat, liwat, liwat" sebab orang tahu psikologi. Apa psikologi? Katakanlah seorang itu dia sihat sentiasa, tak pernah sakit, dia memang hebat, dia body builder (sihat). Mari kita pakat 10 orang, kita pakat 10 orang berjumpa dengan kawan yang sihat ini, tanya dia "kenapa nampak muka you ini pucat sangat? Selalunya muka you sihat." "Eh, tak adalah, sihat!" "Tak apalah, I nampak you pucat, macam you sakit, macam you kena Leukemia kah?" "No, no, I’m nothing." Berjalan depan pula, jumpa orang lain. "Assalamualaikum, kenapa nampak pucat. You ada Leukemia ke?" "Tak ada." Pergi kantin pula, jumpa kawan lagi yang sama berpakat tadi. Kita berpakat, boleh berpakat. "Eh, mengapa you pucat? Mengapa you tak sihat, nampak berjalan longlai-longlai." "Tak eh, sihat." Tapi suara dia perlahan sahaja. Masuk belakang pula jumpa orang keluar bilik air, "Eh, kenapa you nampak ketar-ketar badan ni. You tak sihat ke?" "Yalah, adalah sikit-sikit." Kalau parah lagi pula, kita pakat dengan bini dia. Bila balik ke rumah, bini sambut "Eh, kenapa abang nampak pucat?" "Itulah yang abang balik ini, nak pergi jumpa Doktor." Tak sampai pun 10 orang. 5 orang sahaja boleh mengubah orang itu, dari tak sakit, boleh mengadu sakit, terus pergi jumpa Doktor, dia akan sebut "Doktor, saya pucat."

Itu betul-betul hakikat, sebab itu maka sekarang ini telah berlaku dalam surat khabar setiap hari memainkan beritanya "Saudara Anwar gini, gini, gini, liwat…buat zina dan sebagainya." Saya sebagai seorang rakyat biasa, saya tak mudah sangat percaya, lebih-lebih lagi berita akhbar kerana akhbar pernah fitnahkan saya. Saya sudahpun mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar dan ke atas Menteri. Saya lantik 2 orang lawyer. Saya minta maaf nak sebut hari ini. Saudara Anwar menasihatkan saya, usah ambil tindakan mahkamah kerana instrumen itu lebih banyak mendatangkan keburukan kepada saudara. Jadi saya pun fahamlah. Saya hormati kawan saya, tangguh dahulu kes itu, tangguh sehingga saya berjumpa Allah swt. saya akan timbul balik kes itu. Pasti saya akan dakwa.

Saya ada cara sendiri untuk memastikan kes… bila timbul desus tentang perkara fitnah besar ke atas saudara Anwar ini dan saya kebetulan bukanlah sahabat karib bagi maksud selalu berjumpa dengan saudara Anwar. Saya orang jauh, tapi saya seorang Islam. Semua saudara yang Islam adalah saudara saya dan saya mencari jalan nak berjumpa dengan dia. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia, sebelum saya bertolak ke Mekah, on the way ke Mekah, daripada rumah, dah ada beg dalam kereta, buat pertemuan, saya boleh bertemu dengan saudara Anwar pada tengah perjalanan nak pergi ke Mekah, singgah rumah seorang kawan, yang dia datang rumah kawan itu. Jumpa dengan saya, sembahyang maghrib dengan dia, lepas sembahyang maghrib selesai dia pegang saya, saya pegang dia saya katakan saya hendakkan kepastian sahaja, adakah cerita-cerita tentang semua ini fitnahkah ataupun ada kebenarannya. Saya mendengar sendiri jawapannya. Kesemuanya yang berlaku itu adalah konspirasi fitnah. Saya pegang dada, saya kata "saya puas hati kerana saudara sendiri bercakap dengan saya secara mulut bukan akhbar… ini sebagai fitnah."

Atas platform itulah, atas dasar itulah saya nak cuba mengatakan bahawasanya, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa berlaku ini yang saya dengar sendiri, yang saudara dengar tadi… tapi yang saudara dengar tadi itu jangan lupa itu video! Bila video, saudara tahu bahawa teknologi moden video orang boleh buat badan orang lain, kepala orang lain. Malah ada video yang orang boleh buat secara teknologi modennya, maaf sebut, orang boleh liwat tanpa pakaian, badan orang lain, kepala orang lain. Dan anda jangan lupa filemnya orang boleh buat, filem skandal seks, badan orang lain, kepala orang lain. Itu teknologi. Saya sebut ini kerana saya nak reserve lebih awal kepada saudara-saudara sekelian mungkin satu hari saudara-saudara akan berjumpa dengan video tengok sekali gus, ada orang melakukan perbuatan tak senonoh ini, mukanya macam muka Harun Din. Saudara-saudara dah tahu dunia hari ini yang memang imbas-imbas orang percaya, dalam agama boleh percaya, tak imbas-imbas pun orang percaya.

Baru-baru ini, sebelum saya ke Mekah, adik saya sama kes saya juga (sakit jantung) masuk di IJN – hari yang nak masuk pembedahan di bilik pembedahan, dia sedang bersiap dalam bilik (saya bersama), nurse ada ramai-ramai, doktor ada, saya keluar di luar bilik menunggu di Tingkat 5 IJN. Saya berdiri macam ini. Ramailah adik beradik saya, kawan-kawan tunggu situ. Datang satu rombongan nurse dengan stretcher tolak mari sini, tengok saya sedang berdiri. Dia kata "Datuk, saya suruh mandi pukul 11.00 tadi tak mandi lagi ke? Kita nak pergi dah ni?" "Pergi mana?" "Nak pergi buat operation Datuklah sekarang ni." "Aku tak hendak. I tak hendak pergi." "Eh, tak boleh, kena pergi sekarang juga ini". Orang semua ketawa, baru dia sedar, "oh, sorry, bukan, orang lain rupanya." Nurse boleh silap. Maksud saya, memang dan saya juga ada maklumat mengatakan bahawasanya ada video tape, tape lucah ini, yang katanya orang pernah lihat (orang tertentu), yang katanya memang pelakon yang imbas-imbas Anwar Ibrahim, cuma dalam itu nampak macam berambut panjang sikit, mungkin dia pakai wig. Buat apa pakai wig kerja itu.

Oleh itu saya berpandangan, berpendirian bahawa yang berlaku ini memang ada fitnah. Inilah dia yang merupakan penyakit besar…yang Islam sedari daripada awal dahulu yang Allah sebutkan Wattaqu fitnatan... (Surah al-Anfal, ayat 25). Allah ingatkan "kamu takutlah, jagalah, jangan lakukan sebarang fitnah kerana fitnah ini kata Allah swt, kamu mengundangkan kemurkaan Aku yang segera ke atas umat manusia. Bila fitnah berlaku, bala berlaku, La..tusiban….Bila Allah turunkan bala kerana fitnah itu, maka bala tidak turun ke atas orang yang buat fitnah sahaja, semua akan kena. Kita tahu itu. Tetapi biasanya orang yang membuat fitnah, merancang untuk melakukan fitnah, selalunya mata hati mereka telah buta. Mata hati mereka buta dengan makna dosa dengan makna ancaman Allah swt. Yang mereka nampak ialah hendak menjatuhkan orang itu kerana ada kepentingan-kepentingan peribadi masing-masing. Ini yang masalah.

Bila bercakap hari ini dengan kes seperti ini, orang yang dhamirnya hidup, hatinya terbuka, dia nampak. Tak padan dosa fitnah. Alladhina fatanu 'l-mukminin…(Surah al-Buruj, ayat 10) Orang yang telah melakukan fitnah ini ke atas orang-orang yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, tak berhenti, terus melakukan fitnah, maka bagi mereka itu, kata Allah, azab nerakalah bagi mereka dan mereka akan dapat balasan yang akan membakarkan mereka. Tetapi ayat ini tidak memberi makna sangat kepada orang-orang yang buta mata hati mereka. Orang-orang yang celik mata hati mereka akan nampak ini sebagai ancaman Allah swt yang mungkin orang tidak berani melakukan fitnah. Dikatakan Alfitnatu asyaddu min al-qatl……(surah al-Baqarah, ayat 217) fitnah itu angkubahnya, kehebatan dosanya, kesannya kepada masyarakat lebih teruk daripada membunuh manusia. Dulu senang, mati, dia berjumpa dengan Allah swt. Fitnah ini orang terpaksa menanggung beban fitnah ini bertahun-tahun, macam tadi disebutkan zaman Nabi Yusuf a.s., zaman kebelakangan ini dan sebagainya, menanggung azab fitnah itu, malam menjadi siang, siang menjadi siang, tak tidur, rasa malu, tapi saya syukur kerana saudara Anwar ini mempunyai ketahanan setelah dia berpindah ke rumah beliau sendiri di Damansara. Hari Jumaat kelmarin saya baca surat khabar, dia pergi ke masjid, dan dia turun boleh berucap di depan orang ramai. Boleh berdiri.

Pada saya, yang saya lihat, kalau seorang itu dia pernah melakukan jenayah seks tadi, pasti dia ada guilty-conscious, ada perasaan bersalah, rasa malu, rasa getar, dan tak berani menghadapi dengan masyarakat. Saya melihat suatu nilai, dia berani pergi ke masjid, lepas masjid berdiri di atas tangga, orang kumpul ramai-ramai, boleh bercakap mengatakan bahawa "saya tidak bersalah". Kalau itu pun orang boleh faham, maka jelaslah bahawasanya memanglah kenyataan itu kenyataan suara hati. Datanglah, Islam kata "Unsur akhaka (hadith)….Islam mengajak kita tolonglah saudara kamu, dia seorang zalim pun kamu kena tolong. Atau dia kena zalim pun kamu kena tolong. Sahabat tanya "Nak tolong orang kena zalim kami tahulah, tapi nak tolong orang yang buat zalim ini nak tolong macam mana? Tolong buat zalim lagi macam kayu pengampun-pengampun." Tidak, tolong nasihatkan dia….jangan buat zalim. Kalau kamu nak tolong dia juga, dengan buat zalim juga, dia buat zalim juga jangan nak bersekongkol dengan dia. Jangan masuk jemaah dia. Hendak tolong dia juga sampaikan pesan secara keras, secara lembut. Kalau pergi juga tidak boleh, bercakap bagi pedas-pedas sikit, nanti dia kata "tak, tak, tak". Jadi, saya tak reti cakap pedas-pedas. Sampai, sampai…Yang saya pelik itu, saya bercakap kadang-kadang dalam Darul Syifa’, itu semua murid-murid saya, maksud saya, murid-murid yang datang mengaku nak mengaji dengan saya, duduk Darul Syifa’ - isi borang, mengaku setiap yang datang jumpa dengan saya, tunduk, cium tangan, mengaku guru, tetapi yang saya pelik itu, hampir tiap-tiap saya bercakap dalam Syifa’ apa yang saya sebut sikit-sikit, tak sampai 2 hari sampai ke sana. Dia leak ikut mana tak tahu.

Itu sebab saya tak hairan. Saya reserve hari ini, saya tahu akan sampai ke atas. Atas itulah maka ada platform kita, unsur akhaha  peranan masyarakat hendak menangani fitnah ini, unsur akhakha  kamu kena bagi bantuan kepada saudara kamu. Buat zalim pun kita kena bantu dia. Yang kena zalim sendiri pun kita kena bantu dia. Bantu orang yang zalim dengan apa yang daya kita ada. Kalau saudara boleh menyampaikan nasihat dengan mulut sampaikan. Saya nak sampaikan kepada sahabat-sahabat saya yang boleh sampai terus kepada orang besar ini, tolong sampaikan. Takutlah kepada Allah swt. Mana sahaja orang yang cuba merancang mengatakan fitnah ini, kamu takutlah kepada Allah swt. Nasihatkan jangan buat zalim kepada orang. Nak cakap soal kezaliman ini pun dah tajuk lain pula.

Kezaliman-kezaliman yang berlaku dalam masyarakat Malaysia, itu yang tak dapat kita bilang banyaknya, itu tajuk lain yang boleh kita bincangkan. Tetapi adalah kezaliman berlaku. Au mazluman atau orang yang kena zalim, ini kita dapat melihat dan merasai sendiri betapa banyaknya orang yang kena zalim ini dan siapa yang akan membantu orang yang kena zalim ini. Sedangkan Islam mengajak kita membantu kedua-duanya. Dalam konteks ini kita banyak ada peluang membantu orang yang mazluman. Pernah sahabat bertanya "Antara orang yang zalim dengan mazlum ini siapakah yang dahulu yang kami kena tolong?" Nabi kata "tolong kedua-duanya. Kalau kamu ada pilihan, tak ada pilihan lain, tolonglah orang yang kena zalim dahulu kerana dia sedang terseksa".

Seronok perkena orang, seronok tengok orang jatuh. Ini penyakit masyarakat, memang pun. Tuan-tuan, saudara-saudari yang suka tengok lumba kereta atau lumba motor, yang seronok sekali tengok lumba motor, waktu dia jatuh. Kalau tak jatuh, tak seronok. Tengok lumba kereta, seronok bila dia berlanggar. Melambung tayar dia 20 meter ke atas, seronok. Tengok orang main tinju, seronok tang mana? Tang kena tumbuk, jatuh. Rupanya manusia ini suka tengok orang jatuh. Dia jatuh, orang seronok. Siapa yang seronok ini? Orang yang pe`elnya, hatinya, dhamirnya suka menganiayai orang. Kalau orang yang dhamirnya tidak suka menganiayai orang, dia tidak seronok tengok orang jatuh. Dia tolong orang yang jatuh. Atas itulah maka saya rasakan bahawa soal tengok orang jatuh ini soal yang ada kewajipan kita kepada Allah swt. Allah kata apa? A lam tara ilal ladhi (ayat Al-Quran) (saya nak sambung yang hujung), ayat ini berakhir dengan ‘ulaika 'lladhina….(surah An-Nisa, ayat 63) Ayat ini panjang saya ambil yang hujung sahaja. Saya nak sampaikan mesej ayat. Ayat ini sebut tidakkah kamu melihat, memerhati dan kamu dapat memahami ada orang-orang yang mendakwa mereka sedang mengajak manusia kepada Allah swt. Mengajak kepada melaksanakan perintah Allah swt. sedangkan yang sebenarnya mereka itu bukan mengajak kamu kepada Allah, mereka mengajak kamu kepada taghut. Dah faham dah taghut ini kita dah bincang banyak dah. Kamu orang Islam diperintahkan jangan ikut taghut jangan ikut syaitan, jangan ikut jalan yang selain daripada Allah swt. Di hujung Allah kata apa. Ulaika 'lladhina ….orang-orang itu kata Allah ialah orang-orang yang Allah swt. mengetahui apa yang sebenarnya ada dalam hati mereka. Allah kata pasal apa. Fa‘ ridh ‘an hum…. kamu kena berpaling muka daripada mereka. Kamu kena menyisih diri kamu daripada mereka. Jauhkan diri dari mereka, beri muizzah kepada mereka. Teguran kepada mereka, nasihat kepada mereka, pengajaran kepada mereka. Kamu katakan kepada mereka dalam hati mereka perkataan-perkataan yang baligha yang mempunyai makna yang tinggi dan mendalam.

Mesej ayat ini jelas mengajak masyarakat berperanan nak mengatasinya, nak menghadapi krisis yang sedang berlaku yang namanya krisis fitnah ini dalam masyarakat setiap orang mempunyai peranan. Apa dia peranan? Wa 'izh hum ….ini ada muizzah yang boleh kita bagi. Sekarang ini kalau saudara-saudari yakin mengatakan ini satu fitnah maka kita berkewajipan nak menyatakan kepada masyarakat ini suatu fitnah walaupun mahkamah belum buat keputusan tetapi pada saya tak guna dah mahkamah buat keputusan kerana keputusan yang telah keluar hari itu dah lebih daripada mahkamah dah. Apa dia? Hukum telah keluar Anwar bersalah. Maka kesalahan yang amat besar, 3 post penting kena tinggal, tak mahu tinggal kena pecat – Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, ahli UMNO. Suatu besar sangat kesalahan, yang telah diconfirm mengatakan bahawa kamu bersalah. Maka maknanya hukuman telah jatuh. Maknanya sekarang ini fitnah sudah diterima oleh pemerintah sebagai satu fact yang tidak perlu kepada perbicaraan.

Ini suatu kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam. Undang-undang barat, undang-undang kafir laknat ini, dia ada kaedah. Tapi dia kafir dia ada kaedah. Kaedah kita salute. Apa kaedah dia? Yang bertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan dia. Islam pula kata al-bayyinah …. Islam kata beban pembuktian diletakkan kepada orang yang mendakwa, tetapi ini tidak berlaku pada hari ini. Yang mendakwa Anwar itu terlibat dalam segala macam perbuatan-perbuatan keji dibuat oleh Khalid Jafri. Tapi dia tidak perlu membawa sebarang kenyataan ataupun pembuktian. Akhirnya yang kena tuduh pula kena buat DNA. Dia terbalik. Prinsip keadilan sudah tercabul. Dan sebelum pergi ke mahkamah pun, kalau undang-undang barat mengatakan yang dituduh tidak bersalah, bila kita pegang prinsip ini dan itulah prinsip yang kita pegang di Malaysia. Undang-undang kita, common law kita common law British, bukan Islam. Sepatutnya kita hormati prinsip ini. Yang dituduh dia tidak bersalah. Tapi kerana kes mahkamah ada eloklah digantung dahulu jawatan, bukan dipecat. Gantung dahulu sampai kesnya selesai. Kita dengar sebelum ini, kes sahabat kita saudara Muhammad Taib, sebelum kesnya dibawa ke mahkamah, dia digantung dahulu. Selesai satu kes di mahkamah Australia bantai yang sini.

Kes Rahim Tamby Chik – dia letak jawatan. Kes sebelum ini banyak yang dah berlaku. Kes mahkamah yang berlaku ini paling tinggi kita boleh bagi hukuman menghormati prinsip undang-undang tadi ini. Kita katakan bahawa hold-on – gantung, ambil cuti tetapi ini bukan gantung, bukan ambil cuti. Terus hukuman jatuh dan jatuh sudah menjadi macam kalau istilah Inggeris betul saya sebutlah overkilling. Betulkah istilah itu? Cakap orang putih pandai-pandai pula. Overkilling maknanya kamu bunuh dia, dah mati dah pun, kamu potong lagi, 18 potong. It's overkilling. Tembak di kepalanya, pecah kepala, ( boleh tanya mati tak?), tembak perut dia pula, tembak kaki dia pula, potong leher dia pula. It's overkilling. Dan pada saya kes ini kes overkilling. Lebih dah ini. It's too much. Ah, melampau dah. Dan sebab itu saya cakap ini, saya tahu akibatnya.

Saya nak bercakap ini nak sampaikan, menyatakan bahawa kita orang yang cintakan keadilan, Islam itu adil. Undang-undang Islam adil. Pencegahan dalam sistem undang-undang Islam itu cukup efektif. Dalam kes ini jelas satu masa Syarif bin Zamha pergi berjumpa dengan Rasullullah s.a.w. menyebut depan Nabi mengatakan bahawa aku nak mengadu kepada mu bahawa isteri aku telah berzina dengan polan bin polan. Nabi kata, mudah. Arba’ati syuhada…..Kamu pergi cari 4 orang saksi, yang benar-benar nampak bahawa isteri kamu berzina dengan si polan. Kalau kamu gagal bawa 4 orang saksi, aku akan sebat kamu sebat qazf sebanyak 80 rotan. Islam letakkan satu protection kepada semua pihak. Kamu boleh tuduh orang jangan sembarangan. Kalau kamu tuduh orang berzina bawa 4 orang saksi. Saksi ini saksi yang adil. Syarat saksi dalam Islam, cari yang ‘udul. ‘Udul maknanya orang itu pada zahirnya dia ini orang bukan jenis buruklah. Kalau bawa pelacur sebagai saksi, sudah blank… saudara, tolonglah.. Kalau pelacur boleh jadi saksi apa akan jadi dengan keadilan. Orang-orang tidak bermoral. Saksi dapat diupah begitu. Islam letakkan satu precaution, saksi mesti ‘udul. Dan saksi dalam Islam pula jangan kamu saksi palsu. Kalau kamu saksi palsu, kamu masuk dalam Alsab‘ul muubiqad…7 perkara yang akan membinasakan kamu, dunia binasa, akhirat binasa, apa dia? Syahadatulsuu….Jangan jadi saksi palsu.

Kalaulah Malaysia mengamalkan undang-undang qadhaf ini, maka dengan qadhaf inilah satu ubat yang paling mujarab, untuk menahan masyarakat jangan fitnah orang dengan fitnah-fitnah besar, terutama fitnah liwat dan fitnah zina. Sebab fitnah ini, Islam hendak kalau boleh kamu kengkang dia, control dia, jangan bagi orang main fitnah zina kerana fitnah zina besar sangat angkubahnya. Kenapa orang tidak berani nak mengatakan si polan berzina kerana sukar untuk mendapat 4 orang saksi. 4 orang saksi ini pula saudara tahu dalam Islam (minta maaf lah saya nak kena sebut, juga amanah). Saksi yang boleh di bawa dalam muka pengadilan, bagi saksi zina, Nabi kata, "hendaklah orang itu nampak benda itu masuk sepertimana kamu nampakkan batang celak masuk dalam botol celak" Tak faham sudah!.

Ertinya susah. Bila susah, jangan cari barang yang susah. Buat macam mana? Jangan tuduh orang berzina. Biar jika dia berzina pun, dia ada qarimah yang menentukan dia. Sekarang ada DNA, satu kaedah. Clinton terpaksa mengaku kerana baju yang dipakai, seluar yang dipakai oleh Monica Lewinsky (ingat nama pun!) dibawa kepada makmal kimia. Makmal kimia tidak boleh bohong. Sebab dia ada ilmu. It's proven. Sebab itu tidak ada jalan lain melainkan "I did it". Itu yang boleh dibuat. Maknanya untuk memfitnahkan orang secara sewenang-wenang begitu, tulis buku dan sebagainya, Islam tidak boleh terima. Kerana itulah kita mengatakan dari dahulu bahawa selagi masyarakat Islam ini tidak dilaksanakan ke atas mereka undang-undang Islam yang sebenar selama itu mereka berada yang macam ini. Terumbang-ambing, sentiasa diperkotak-katikkan, dicemuh dan sebagainya dan tak tahulah selepas ini, dalam gelombang yang sedang mara sekarang ini kita dapat mengagakkan berapa banyak lagi kezaliman-kezaliman yang akan berlaku dalam masyarakat. Saudara fahamlah. Saya hanya mendoakan Allah s.w.t. hindarkan kita daripada ancaman kezaliman-kezaliman ini. Dan kita sebagai masyarakat yang menghadapi soal ini kita tahu mengatakan bahawasanya apa pun kita buat, kita hanya merancang. Biar Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya. Anda mentadbir. Allah mentakdir.

Suatu masa dahulu ketika Ali bin Abi Talib naik jadi khalifah Islam yang ke 4, negara kacau bilau, fitnah, pembunuhan Othman berlaku, fitnah Muawwiyah berlaku. Muktadillah berlaku dan kelam kabut. Ali memerintah negara dalam waktu yang cukup kelam kabut. Sahabat-sahabat yang terlibat ini datang berjumpa dengan Ali. Dia kata "Wahai Ali, kenapa dulu zaman Nabi memerintah umat Islam semua aman damai? Masa Abu Bakar memerintah aman damai. Masa Omar memerintah aman damai. Masa Othman memerintah aman damai. Mengapa waktu kamu perintah pula negara ini kucar kacir. Ali jawab (itu saya seronok, pendek dan cukup bermakna) zaman mereka dahulu aman damai kerana rakyat mereka. Aku dapat orang yang macam aku. Tapi aku perintah pula rakyat aku bukan rakyat mu. Datang sahabat koncot hujung, dia kata "Ya Ali, Alhaq qubila …..Yang hak, yang benar, tanpa disokong satu sistem yang kukuh, perpaduan yang padu, sokongan yang padu, dia akan dikalahkan oleh yang batil kerana yang batil itu ada sistem. Sekarang ini seolah-olahnya, kebatilan telah dirancang begitu rapi. So one by one, masa panjang berlaku, diaturkan begitu rapi. Kalau anda ikuti kronologinya, ikuti berita-beritanya yang dari dahulu kita dengar mengatakan satu keluar demi satu keluar, demi satu keluar, keluar-keluar dah memang dirancang. Macam ada pihak yang cuba mengatakan, kalau tak dirancang dengan sebaik ini, sekemas ini kita akan ditentang oleh kebenaran. Datanglah Wa qul ja’a l-haq….Takut yang hak ini timbul, kenalah yang batil dirancang dengan baik. Yang kebetulan kita kena mengaku mengatakan bahawasanya yang hak ini selama ini kita tidak sangat merancang dengan begitu teliti. Maka sebab itu yang batil akan terus naik, yang benar akan terus kalah kerana mungkin kelemahan saya dan kelemahan kita sekelian. Atas itulah saya mengatakan yang Ali katakan tadi, mengatakan bahawasanya perlu adanya kesedaran yang menyeluruh daripada seluruh masyarakat bahawa kepentingan diri tidak timbul. Kalau kepentingan diri itu ada tidak perlu saya berdiri di sini pada hari ini.

Saya cukup excuse untuk menyatakan saya tidak boleh menyertai kerana doktor bagi saya cuti jangan berceramah sampai ke akhir tahun. Keadaan saya masih gawat, masih belum sihat, bukan kerana apa, kerana aging problem. Tua. Jantung saya bedah belum sihat lagi. Saya tahu saya tidak sihat. Saya ada excuse mengatakan saya tidak boleh ambil bahagian kerana saya tidak sihat. Atau kedua, saya ada kerja lain. Saya ada 8 kenduri yang tunggu. Pergi makan kenduri hukumnya wajib, pergi dengar ceramah sunat kot. Tapi bukan itu yang excuse peribadi. Saya datang walaupun ada pendedahan-pendedahan yang tidak patut saya buat. Hendak menyatakan bahawasanya cuba saya beri tahan bahawasanya perlu ada sokongan kepada yang benar. Perlu ada suatu sikap yang cukup ketara, cukup jelas bahawa mencintai keadilan. Biar dia adil. Dia yang hak itu dia hak. Yang batil itu batil. Kalau sampai ke situ, saya nak kata lagi. Kalau keadilan itu dibuat oleh manusia, oleh tangan manusia, oleh sifat manusia, Allah beritahu dah, Innahu kaana zaluuman jahuula. Manusia ini sifatnya, kata Allah, sifat zaluman. Dia zalim yang amat dahsyat. Suka buat zalim Allah kata. Dia jahil tentang dosanya. Sedang hari pertemuannya dengan Allah s.w.t. Sebab itu keadilan yang saya hendak, bukan sekadar itu, kita kena balik semula kepada keadilan Ilahi. Balik mengajak masyarakat sehingga masyarakat ini diterima, dilaksana, diterima pakai, undang-undang Allah s.w.t. Dan jangan berdolak dalih.

Salah satu daripada point yang pernah saya sebut dalam TV dahulu, yang menjadi kemarahan orang atas, satu, saya kata "Tuan-tuan, bercakap pasal undang-undang Islam ini begini. Kalau kita hendak satu perkara kita ada seribu daya untuk melaksanakan kehendak itu. Kalau kita tidak hendak satu perkara kita boleh cari seribu dalih. Sekarang tanya diri kita, kita hendakkah melaksanakan keadilan Ilahi dalam masyarakat Islam hari ini. Kalau kita hendak ada seribu jalan. Satu, dua, tiga, empat, tak sampai seribu saya rasa, sudah boleh kita buat. Tapi kalau kita tidak hendak, hati tidak hendak, mahukah tidak, bolehkah tidak… boleh itu boleh, tapi ha yang tu…Bila mari tapi ini kena carikan 1000 dalih yang menyatakan dia tidak boleh. Maka kita jawablah dalam hati kita ini, Allah katakan Wa ya’lamullah….Allah tahu sebenarnya apa yang ada dalam hati mereka, hati kita. Maka keadilan yang kita tuntut hari ini bukan setakat undang-undang itu sahaja. Kita mengajak, meminta dirubahkan undang-undang ini, dirubahkan sampai ke peringkat orang Islam sendiri rubah dia kerana kita sampai ke kehendak Allah s.w.t. terlaksana dalam masyarakat. Itulah yang dikatakan keadilan yang mutlak, yang abadi. Atas itu maka perjuangan untuk menegakkan yang hak ini bukan jalan yang mudah, bukan jalan yang penuh dengan kesenangan. Dia banyak kepayahan. Tetapi dalam kepayahan itulah Allah s.w.t. memberikan ganjaran kepada hamba-hambanya. Semoga Allah s.w.t. merahmati kita, menyelamatkan kita, memberikan kekuatan kepada kita sekalian, umat Islam sekalian menghadapi gelombang fitnah yang besar ini untuk Allah s.w.t. berikan kepada kita kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Real Audio Format

Side A : 3.8MB
Side B : 2.8MB