KUALA LUMPUR. 21 September 1998. 4:15 Petang

                          Kenyataan di bangunan Mahkamah Jalan Bandar

                          Datin Seri Wan Azizah Ismail

                          Saya dan peguam-peguam telah tiba dan menunggu di mahkamah di jalan Raja sejak 9:30
                          pagi, sehinga ini kami masih belum tahu apa yang sudah dan akan berlaku kepada Abang
                          Anwar, apakah beliau akan didakwa atau ditahan dibawah akta keselamtan dalam negeri.

                          Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang berhimpun secara
                          aman di depan bangunan mahkamah. Malangnya pihak polis telah bertindak liar untuk
                          menyuraikan perhimpunan tersebut. Pekerja-pekerja mahkamah, pejabat-pejabat
                          berdekatan dan peniaga-peniaga menyaksikan bagaimana polis memukul dan menendang
                          orang awam. Ini merupakan satu lagi bukti bagaimana pihak polis telah hilang
                          pertimbangan dengan menyerang orang awam yang tidak bersalah.

                          Malam tadi pegawai-pegawai polis dari unit tindakan khas telah merempuh rumah kami.
                          Mereka masuk dengan menendang dan memecahkan pintu. Mereka bertindak seperti
                          samseng untuk menangkap suami saya

                          Saya tidak faham mengapa mereka perlu bertindak seperti samseng kerana
                          peguam-peguam abang Anwar telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan
                          Peguam Negara telah mengatakan sekiranya mereka ingin menahan suami saya harap
                          memberi tahu kami agar ia boleh dilakukan secara aman dan terhormat. Anggota unit
                          tindakan khas memberitahu kami bahawa mereka bertindak mengikut arahan. Mereka
                          diarah merempuh rumah kami. Saya tidak menyalahkan keterlanjuran polis yang
                          merempuh rumah kami. Saya memaafkan mereka. Tetapi saya menuntut penjelasan dari
                          Menteri Dalam Negeri adakah beliau beliau mengarahkan polis bertindak seperti
                          samseng. Sekiranya Dato' Seri Dr. Mahathir berfikir dengan mengarahkan pihak polis
                          bertindak seperti samseng beliau boleh menakutkan rakyat dari menyertai gerakan
                          Reformasi maka beliau adalah bermimpi. Bahkan rakyat semakin marah kepada beliau dan
                          lebih bertekad

                          untuk menjayakan gerakan reformasi. Jelas sekali bahawa Dr. Mahathir kini telah menjadi
                          "political desperado" yang sanggup menindas rakyat sekadar untuk terus berkuasa. Dr.
                          Mahathir telah hilang keyakinan dari rakyat. Sekali lagi mengulangi tuntutan rakyat
                          bahawa Dr. Mahathir perlu meletak jawatan.

                          Kenyataan Akhbar Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail pada 21 September 1998 di
                          bangunan mahkamah jalan bandar, jam 4.15 petang.