Laman Nan Penuh Puisi RiNDu...


Mengadu-domba

kekasih...
mahu ke manakah kita?
mencari nilai diri nan hilang
aku sepi & dikau menyendiri
kekasih....
sampai bilakah?
kita membiarkan perem janji
tinggal bingkai janji
cermin impian tiada bayangan
& kita terusan berlagu rawan
kekasih....
akan tercicirkah cinta kita?
di kaki langit rindu
& dikau semakin tidak meyapa aku
senyapnya duniawi akuku; akumu
kekasih...
akan terusankah kita bertasbih setia?
bilamana kiblat kita tidak serupa
biarpun aku jadi mahasetia
namun diri mahaluka
biarpun aku jadi maharela
namun dikau mahaalpa
kekasih....
intiplah aku kekasih!!!
di ambang cinta
mahacinta
mengadu-domba
di sisi
Dia jua Maha Esa

iDANRADZi
 dimasukkan pada
www.melayu.com
08 Jun, 1999 jam 05:34:40


kembali ke Laman Puisi ii iDAN