Bagaimana mungkin mahu kucabutjerami SEPi
jerami sepi nan bertahta di fikiran ini
kalaumana geruh bergiang di telinga rasa
laungan keramat pendita setia
merentas belukar minda sengsarajihat nafsu-nafsi bagaikan jaringan menerpa
merobek permaidani iman; kusam harapan
mahu ditukikkah duniawi ini
mencabut segala tunjang peribumi
jatidiri berhamburan di sawang impi.Bagaimana mungkin mahu kuberkas
jerami sepi nan berjuraian di sanubari ini
kalaumana guruh bergema di hujan derita
imbauan leka pecinta dunia
menebas rimba peka perkasaalaf puja-puji bagaikan silauan mengimbas
menyemi kiambang impian; goyah ikatan
mahu ditimbakah samudera ini
meracun segala samai permai
jitujanji berarakkan di teluk ngeri.Hati; tabahlah hati!!!.
iDANRADZi
Jenaris/UPM
www.melayu.com
27 Mei, 1999 jam 09:58:11