Dari: idan <idan@eng.upm.edu.my>
Untuk: sastera_malaysia@egroups.com

Penyu Menangis

penyu terus menangis
menolak kelodak sesak
fitnah nan bertaburan di pantai negara
memisahkan akar penaga laut
menindih rakyat jelata berpaut

penyu terus menangis
menolak ombak resah
desah angin jadi penyata belanjawan
tikar kasih bertaburan di anjung zaman
sepinya villasetia di ujung pantaileka

penyu terus menangis
kekitaan semakin berseloka sumbang
mencari arah ke puncak gemilang
namun gelombang masih belum tenang

penyu terus menangis
tumpah airmatanya ke akuku ini
bagaimana mahu kulapi airmatamu!!!
sebak rebah tak sudah.

iDANRADZi
jenaris/UPM
Rabu, 05 Mei 1999 17:27:56

ulasan oleh Yaser M.A