Institut Yayasan Alor Gajah adalah sebuah pusat akademik di pekan Alor
Gajah, Melaka. Menjalankan operasi akademik antaranya adalah kursus pra
ITM, Diploma ITM serta juga kursus-kursus jangka pendek dengan beberapa
universiti dan institut lainnya. Didorong
oleh keinginan mahu melihat anak bangsa maju seiring dengan kaum-kaum lain
di negara ini dalam menguasai ilmu dan kemahiran terkini, Y. B. Datuk Abu
Seman bin Yusop, Ahli Parlimen Alor Gajah, menubuhkan YAYASAN ALOR GAJAH
(YAG) pada 5hb. Januari, 1995. Salah satu cabang Yayasan Alor Gajah ialah
Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Yayasan Alor Gajah yang telah dilancarkan
pada bulan Julai 1996. Melalui Yayasan Alor Gajah juga, telah diwujudkan
sebuah Institut Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai INSTITUT YAYASAN
ALOR GAJAH dan telah didaftarkan di bawah YAG COLLEGE SDN. BHD. yang dahulunya
dikenali sebagai IRA INDAH SDN. BHD.
Institut ini telah diluluskan penubuhannya oleh Y. B. Menteri Pendidikan sebagai Institut Pengajian Tinggi Swasta pada 11hb. Julai, 1997. Ia juga telah didaftarkan dengan Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Melaka pada 29hb. September, 1997.
Sebagai memenuhi keperluan negara dari segi tenaga kerja dan kemahiran serta kemajuan IT, kursus-kursus yang berasaskan Sains dan Teknologi diutamakan.
Institut juga berhasrat mempelbagaikan bidang kursus dan menambahkan kemudahan pembelajaran yang serba canggih setaraf dengan kemajuan Sains dan Teknologi masa kini.