ANJURAN :

 

Biro Pendidikan UMNO Bahagian Alor Gajah

Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Yayasan Alor Gajah

 

BADAN PENGENDALI :

 

Institut Yayasan Alor Gajah.

 

RASIONAL :

 

Pembelajaran Optimum ini ialah suatu sistem pembelajaran berasaskan penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang pantas dan berkesan. Melalui sistem ini keupayaan untuk menerima pengetahuan akan menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan. Sistem ini sama sekali tidaklah bertentangan dengan teori-teori yang ada untuk mewujudkan suatu sistem yang optimum dalam pembelajaran. Banyak kajian terkini telah menunjukkan iaitu kebanyakan pembelajaran yang produktif dan optimum boleh berlaku bila fungsi otak kiri dan otak kanan dipertingkatkan secara keseluruhan dan berbagai-bagai gelombang otak turut dipujuk. Kajian-kajian juga telah menunjukkan bahawa kemampuan individu untuk belajar boleh dipertingkatkan ke tahap cemerlang jika keseluruhan otaknya digerak dan dikejutkan supaya bekerjasama secara harmoni. Semua bakat dan potensi itu boleh diperkembangkan melalui kesepaduan gerak kerja otak dan minda yang menyeluruh,

 

Pembelajaran adalah merupakan sebagai suatu kemahiran. Kemahiran ini boleh dilatih sama juga seperti kemahiran berenang, menembak, melukis atau berfikir. Sehubungan dengan ini pelajar juga mestilah jelas tentang misi dan visinya supaya boleh merancangkan program-program pembelajaran dengan cara yang lebih sistematik untuk tindakan dari masa ke semasa. Pelajar mestilah bersikap positif dan yakin tentang fakta dan potensi diri dan otaknya. Dengan mengetahui potensi diri dan otak, para pelajar akan merasakan aktiviti belajar itu adalah senang dan menyeronokkan, daya ingatan meningkat, stres dan emosi akan dapat dikawal dan seterusnya kemahiran berfikir akan menjadi lebih kreatif.

 

OBJEKTIF :

 

Pada akhir kursus ini palajar akan dapat :

 

Membezakan antara pembelajaran cara tradisi dengan cara pembelajaran yang optimum.

 

Mengenal pasti cara menggerakkan setiap peringkat otak secara serentak untuk mewujudkan sistem pembelajaran yang pantas dan berkesan.

 

Mengetahui cara menggunakan otak kanan dan otak kiri dalam pembelajaran dan pemikiran keseluruhan otak.

 

Membina sikap positif dalam pembelajaran.

 

Meningkatkan prestasi akademik dan kecemerlangan dalam ujian dan peperiksaan.

 

KANDUNGAN KURSUS :

 

Konsep kecemerlangan.

 

Potensi otak dan minda.

 

Kemahiran menggunakan otak kiri dan otak kanan dalam pembelajaran dan daya berfikir.

 

Kemahiran mengingat dengan mudah apa yang dipelajari.

 

Cara meningkatkan fungsi keseluruhan otak supaya mudah mempelajari sesuatu.

 

Kemahiran menggunakan gelombang otak untuk menyeronokkan pembelajaran.

 

Peta minda sebagai alat untuk mengambil nota pelajaran dan pembacaan.

 

Cara meningkatkan konsentrasi dalam pembelajaran.

 

Pengurusan masa melalui peta minda harian.

 

Makanan dan pemakanan untuk meningkatkan fungsi otak dan minda.

 

Cara untuk cemerlang dalam ujian dan peperiksaan.

 

KUMPULAN SASARAN :

 

Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 6 Rendah (terhad kepada pelajar-pelajar dari sekolah di Negeri Melaka)

 

TARIKH DAN TEMPAT KURSUS DIJALANKAN :

 

Akan dimaklumkan kepada sekolah-sekolah (di Negeri Melaka).

 

 

REKOD KURSUS :

 

KURSUS PEMBELAJARAN OPTIMUM BIL.1/96 :

Tarikh :

Tempat :

Penceramah : Tn. Haji Abdul Fatah bin Hassan.

Pusat Pembangunan Minda.

 

KURSUS PEMBELAJARAN OPTIMUM BIL.2/97 :

Tarikh : 17hb. Oktober hingga 19hb. Oktober, 1997.

Tempat : Institut Teknologi MARA Cawangan Melaka.

Penceramah : Tn. Haji Abdul Fatah bin Hassan.

Pusat Pembangunan Minda.

Jum. Peserta : 121 orang pelajar.