trademark articles: page 1


Nurhaliza Takut Hadapi Masa Depan


KEMENANGAN besar yang dimenanginya dalam waktu yang singkat membuatkan Siti Nurhaliza takut untuk menghadapi masa hadapan.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan ini, dengan kemenangan itu bermakna dia perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan prestasinya.

"Saya akui ada kalanya takut dengan pencapaian yang begitu mendadak. Apa yang paling saya takutkan ialah bagaimana untuk mempertahankan title terbaik yang saya menangi ini.

"Malah, saya sedar saya mendapat kemenangan besar dalam waktu yang begitu singkat sedangkan orang lain terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapat pengiktirafan ini.

"Bagaimanapun, saya akan cuba sedaya mungkin supaya tidak mudah lupa diri dan sentiasa bersyukur kepada Tuhan," katanya ketika ditemui selepas Anugerah Industri Muzik '97 (AIM '97).

Di majlis itu Siti memenangi dua anugerah iaitu Artis Solo Baru Terbaik Wanita untuk album Siti Nurhaliza dan Lagu Terbaik (Jerat Percintaan).

Siti yang tidak dapat berkata apa-apa sewaktu menerima anugerah turut mengadakan persembahan bersama kumpulan 2 By 2 dengan lagu Mawarku.

Taken from Berita Harian

[prologue] [profile] [albums] [awards & achievements]
[photo gallery] [articles] [guestbook]


Hakcipta Terpelihara (c) Kal_El 1997
E-mail: kal_el7@rocketmail.com