SEUNTAI BICARA

PN.PENGETUA SEK.MEN.KEB.HANG KASTURI

PN.HJH.NUBAH BTE ATON,PJK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada para pelawat yang mengunjungi Lamanweb SMKHK. Saya amat bersyukur ke hadarat Allah SWT di atas pembinaan Lamanweb SMKHK ini dalam rangkaian INTERNET. Semoga dengan kewujudan Lamanweb ini Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi akan lebih dikenali orang ramai.

 Era globalisasi dan teknologi maklumat berserta penampilan Koridoraya Multimedia seharusnya mengubah paradigma masyarakat Malaysia. Pencarian ilmu tidak lagi terbatas dalam ruang yang sempit. Sistem INTERNET semakin penting bagi sesebuah negara dan tidak lama lagi akan menjadi suatu keperluan bagi kehidupan moden kerana kemampuannya membangunkan pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Semua warga pendidik khususnya seharusnya bersedia dengan pemikiran yang terbuka serta mempunyai kekuatan dan ketahanan diri dan berkeupayaan untuk menyaring, memilih dan mengalalisis setiap sesuatu yang datang melalui INTERNET tanpa had, batas dan masa.

 Pembinaan Lamanweb SMKHK adalah tepat pada waktunya. Dalam menuju era masyarakat maya, sekolah memerlukan suatu perantara dalam merealisasikan perhubungan dua hala antara pihak sekolah dengan pihak lain, baik pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah lain, dan lebih-lebih lagi dengan orang ramai khususnya para ibubapa. Lamanwab ini boleh dicapai pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja di dunia ini melalui rangkaian INTERNET. Pihak sekolah juga boleh menghubungi dan dihubungi oleh pihak luar dengan lebih cepat dan berkesan melalui kemudahan mel elektronik.

 Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi menjunjung cita-cita memertabatkan ilmu, budaya dan bangsa dan ini terbukti dengan usaha kami melengkapkan diri ke arah zaman teknologi yang kian mencabar dengan membina Lamanweb SMKHK. Diharapkan kejayaan kami akan merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pemakin ke arah kecermerlangan dunia pendidikan di negara ini.

 Sekian, Wassalam.

SEUNTAI BICARA

PROFIL SEKOLAH

FALSAFAH / MISI

KURIKULUM

PENCAPAIAN AKADEMIK

HEM

KO-KURIKULUM

PENCAPAIAN KO-KU

PIBG

 

HOME