LANGKAH MENCEGAH & MENGAWAL |
Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan
yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon
adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC
digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.
Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati
satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon
misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC)
.
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan
mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian.
Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti
Alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan
perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan
iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara
Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan
kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.
Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk
mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai
daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik
menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara.
Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel
kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong.
Modal
experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat
dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa
diaplikasikan.
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.
Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal
dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan
kapal terbang mampu menampal ozon.