PENGHARGAAN
Kejayaan perlaksanaan homepej ini tidak akan tercapai tanpa bimbingan daripada
pelbagai pihak . Di sini , kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
kami menjayakan homepej ini .
Pertama sekali , kami ingin megucapkan penghargaan kami kepada Puan
Pengetua S.M.K. St. George , Puan Sujatha Vasanthan kerana membenarkan
kami menggunakan kemudahan sekolah untuk melaksanakan tugas kami serta
memberi sokongan penuh kapada kami dalam melaksanakan homepej ini .
Tidak ketinggalan juga , kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada
kedua-dua guru penasihat kami iaitu Puan Chan dan
Puan Vasanthe . Meraka telah banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dalam penyempurnaan tugasan
kami . Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan
Sofiah yang juga banyak membantu kami dalam menjayakan homepej ini
.
Selain itu , Persatuan Ahli-Ahli Sains Malaysia (MSA)
, Kementrian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah banyak memberi maklumat kepada
kami untuk disertakan dalam homepej ini . Kepada JAS , KPM dan MSA
kami ucapkan ribuan terima kasih .
Akhir sekali , kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak-pihak lain yang turut membantu kami .
Ahli-ahli kumpulan ,
Siew Chee Siong
Tan Lian Teng
Teoh Choon Beng
Cheong Sin Haur
KEMBALI
KE LAMAN UTAMA ( Dalam B. Melayu )
BACK
TO MY HOMEPAGE ( English Version )