KENYATAAN PRESIDEN PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
SENARAI KRONI DAN PROJEK PUTRAJAYA:  PM PATUT AMBIL TANGGUNGJAWAB

Saya mengalu-alukan senarai semua orang atau syarikat yang telah mendapat projek dan/atau saham, sebagaimana yang diterbitkan semalam sempena Perhimpunan Agung UMNO. Saya belum lagi sempat meneliti senarai ini, tetapi menganggap ia belum cukup lagi kerana setakat ini ia kelihatan lebih menumpu kepada Anwar Ibrahim dan kroni-kroninya. Sebaliknya, mengapakah tidak dinyatakan bahawa, misalnya, KLCC melibatkan  Vincent Tan selain Kamaruddin Jaafar, manakala  KL Central melibatkan juga Kadir Jasin selain daripada Nazri Abdullah? Saya  mendesak supaya pihak pemerintah bertindak segera secara  lebih telus lagi untuk memberikan  maklumat-maklumat tambahan, seperti berikut:

(a) Apakah nama-nama syarikat milik  Tun Daim Zainuddin, Dr Mahathir Mohamad  dan kroni-kroni mereka yang telah mendapat projek-projek, saham dan hutang bank? Nyatakan nama serta nilai setiap projek, jumlah  saham dan pinjaman  yang diperolehi.

(b) Apakah nama tokoh-tokoh dan   syarikat-syarikat yang telah mendapat hutang sejuta ke atas daripada bank-bank (sebutkan namanya sekali) tanpa mempunyai sandaran?

(c) Apakah nama tokoh-tokoh korporat dan syarikat-syarikat bermasalah yang telah diselamatkan sejak bulan Julai  1997 hingga hari ini, dengan  menggunakan wang Petronas, EPF dan sebagainya? Berapakah jumlah yang terlibat?

(d) Mengapakah sehingga sekarang, tidak ada penjelasan tentang hampir 200 syarikat yang ada hubungan, sebagai pengarah atau pemilik saham, dengan tiga orang anak Perdana Menteri, walaupun perkara ini telah dilaporkan dalam sebuah memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah hampir dua tahun lalu?

Semasa Perhimpunan UMNO itu, Perdana Menteri telah membuat penjelasan tentang projek Putrajaya. Katanya projek itu terletak di bawah tanggungjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Menteri Kewangan, dan sebahagian besar wang perbelanjaannya datang dari sumber tempatan.

Mengikut Perlembagaan (Perkara 108) terdapat sebuah Majlis Kewangan Negara yang diketuai oleh Perdana Menteri. "adalah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan berunding dengan Majlis Kewangan Negara" (Perkara 108(4)) berkenaan  berbagai-bagai perkara yang melibatkan kewangan Persekutuan, termasuk "membuat rancangan-rancangan pembangunan mengikut Perkara 92" (Perkara 108(4e)). Adakah Perdana Menteri hendak mengatakan beliau tidak bertanggungjawab ke atas projek Putrajaya itu? Adakah beliau tidak tahu atau terlupa tentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini? Atau
adakah beliau sengaja hendak membohongi rakyat?

Seterusnya, mengikut Perkara 92(1) Perlembagaan Persekutuan, "Parlimen adalah berkuasa melaksanakan rancangan pembangunan itu atau mana-mana bahagiannya", setelah "rundingan diadakan di antara Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenan, (dan) Yang diPertuan Agong berpuas hati ……..". Adakah ini telah dilakukan dan bila?

Sekiranya wang negara telah digunakan untuk projek Putrajaya, bilakah Parlimen meluluskannya dan berapakah jumlahnya? Apakah sumber-sumber kewangan lain, dari dalam dan luar negeri,  dan jumlahnya? Adakah Pelan Struktur dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) pernah dijalankan sebelum projek dilaksanakan? Dan benarkah tapak Putrajaya, iaitu Ladang Perang Besar  pernah dimiliki oleh seorang bekas menteri dan pemimpin MCA?

Sebagai seorang rakyat dan anggota PRM yang prihatian terhadap perkara-perkara ini, saya mendesak supaya dibentuk sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar  bebas untuk mengkaji segala aspek projek Putrajaya dan menentukan  sama ada ia sah atau tidak dari segi undang-undang dan  Perlembagaan Persekutuan.
 

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
 20 Jun 1999
 

STATEMENT BY PRESIDENT OF PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)
LIST OF CRONIES AND  PUTRAJAYA PROJECT: PM SHOULD TAKE RESPONSIBILITY

I welcome the list of  individuals or companies, which have received projects and/or shares, as was issued yesterday in conjunction with the UMNO General Assembly. Although I have not yet scrutinised the list fully, I get the impression it is still insufficient because it focuses mainly on Anwar and his cronies. On the other hand, why is it not indicated that, for instance, the KLCC involves Vincent Tan besides Kamaruddin Jaafar, whilst KL Central also involves Kadir Jasin besides Nazri Abdullah? I urge the government to act swiftly  and more transparently by providing additional information, such as:

(a) What are the names of companies owned by Tun Daim Zainuddin, Dr. Mahathir Mohammad and their cronies that have received projects, shares and bank loans?  State the name and value of each project, and the amount of shares and bank loans granted.

(b) What are the names of individuals and companies which have received bank loans of one million ringgit and above from banks (state their names) without collateral?

(c) What are the names of corporate figures and ailing companies that have been bailed out since July 1997 to date, using funds from Petronas, EPF and others? What are the amounts involved?

(d) Why is it to date no explanation has been given regarding almost 200 companies which have links, as directors or share holders, with three of the Prime Minister's children, although this has been reported in a memorandum to the Anti Corruption Agency almost two years ago?

During the UMNO Assembly, the Prime Minister gave clarifications about the Putrajaya Project. He stated that the project was under the sole responsibility of Datuk Seri Anwar Ibrahim, as Minister of Finance, and that the bulk of the expenditure came from local sources.

According to the Constitution (Article 108) there is a National Finance Council headed by the Prime Minister, and "it is the duty of the Federal Government to consult the National Finance Council" (Article 108(4)) in respect of all matters related to the Federal finances, including "the making of development plans in accordance with Article 92" (Article 108(4e)). In view of this, does the Prime Minister want to deny his responsibility on the Putrajaya project? Is he ignorant of or has he forgotten about this provision in the Federation Constitution? Or is he just trying to deceive the people?

Furthermore, according to Article 92(1) of the Constitution, "Parliament shall have the power to give effect to the development plan or any part thereof", after "consultation with the National Finance Council, the National Land Council and the Government of any State concerned, the Yang diPertuan Agong is satisfied…..…..". Was this done and when? If government funds have been used for the Putrajaya project, when was it approved by Parliament, and what was the amount? What were the other sources of funds, local and foreign, and the amount? Was the Structure Plan passed and the Environmental Impact Assessment (EIA) done prior to the project? And is it true that the land on which Putrajaya stands, formerly Perang Besar Estate,
owned by an ex-minister and MCA leader?

As a citizen and member of PRM concerned about these issues, I urge that a truly independent Royal Commission be formed to study all aspects of the Putrajaya Project and to determine if it is legal and in accordance with the Federation Constitution.

Dr Syed Husin Ali
President,  PRM
20 Jun 1999