1. Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mengelakkan kecederaan, kematian, kehilangan serta kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan serta harta benda pengguna jalan raya:
2. Bertindak dengan tujuan:
(i) memberi pendidikan kepada orang-orang dewasa dan kanak-kanak terhadap perkara-perkara mengenai keselamatan jalan raya:
(ii) Memberi penerangan serta publisiti mengenai cara-cara mengelakkan kemalangan:
(iii) mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas dan
(iv) memberi pandangan/cadangan dalam aspek kejuruteraan lebuhraya sebagaimana
ia melibatkan keselamatan dalam penggunaan kenderaan-kenderaan dan jalanraya:
1. Untuk menasihatkan Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya mengenai perkara-perkara yang melibatkan keselamatan jalan raya
2. Bagi mengutip dan menerima peruntukan wang dan derma-derma dari orang ramai, pertubuhan-pertubuhan atau dari mana-mana sumber untuk tujuan memajukan objektif-objektif Majlis
3. Untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan satu yayasan bertujuan melaksanakan objektif-objektif Majlis
4. Untuk menjamin kerjasama yang baik dengan organisasi-organisasi serupa seperti yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa
5. Untuk menjadi ahli kepada MKJR Malaysia
6. Untuk menggalakkan penubuhan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Jalanraya di semua daerah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti bersama mereka
7. Memperolehi harta benda, samada harta yang boleh dipindahkan atau
tidak.