Struktur ini telah diperkenalkan sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan MKJR. Pendekatan yang diambil ialah untuk menitikberatkan perkara pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan dalam usaha menyelesaikan masalah keselamatan jalanraya.
Mengenai struktur keanggotaan pertubuhan, MKJR adalah diwakilkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
Jawatankuasa kerja MKJR Melaka terdiri dari 22 orang ahli, dan peranan
mereka masing-masing adalah seperti berikut:-
1) Ketua Polis Negeri Melaka.
- Pengawalan lalulintas jalan,
- Penyiasatan kes-kes kemalangan jalanraya,
- Pemungutan dan analisa data kemalangan jalanraya
- Pendakwaan pesalah lalulintas jalan, dan
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
2) Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.
- Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan, pendaftaran dan pelesenan
kenderaan motor,
- Pemeriksaan kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam dan juga
kenderaan yang telah terlibat dalam kemalangan maut,
- Pengujian pemandu baru, dan
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
3) Pengarah Jabatan Kerja Raya, Melaka.
- Mengenalpasti kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan dan menjalankan
kerja-kerja memperelokkan jalanraya.
- Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan jalanraya yang berkait rapat
dengan keselamatan jalanraya.
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
4) Pengarah Pendidikan Melaka.
- menyampaikan pendidikan keselamatan jalanraya kepada kanak-kanak sekolah
(Kelab keselamatan jalanraya dan permainan lalulintas),
- mempastikan pendidikan keselamatan jalanraya dapat dilaksanakan di
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah.
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
5) Jabatan Penerangan Melaka.
- Penyebaran maklumat keselamatan jalanraya melalui media massa,
dan
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
6) Pegawai Pemerintah Kem Terendak, Melaka.
- mengadakan sistem sendiri untuk melatih, menguji dan mendisiplinkan
pemandu-pemandu tentera.
- Pemeriksaan tahunan untuk kenderaan Tentera, dan
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
7) Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Melaka.
- merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya
bagi Melaka Tengah.
- Penglibatan dalam aktiviti kempen keselamatan jalanraya.
8) Persatuan Otomobil Melaka.
- merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
9) Pegawai Daerah, Alor Gajah, Melaka.
- merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Kempen Keselamatan bagi
Daerah Alor Gajah.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
10) Pegawai Daerah, Jasin.
- merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya
bagi Daerah Jasin.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
11) Pegawai Daerah, Melaka Tengah.
- merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya
bagi Daerah Melaka Tengah.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
12) Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM)
- menyiarkan cogan kata keselamatan jalanraya, berita-berita kemalangan
jalanraya dan kegiatan-kegiatan keselamatan jalanraya di Radio dan Televisyen.
- menemuramahkan pegawai-pegawai MKJR berkenaan.
- mengatur liputan televisyen di majlis-majlis Keselamatan Jalanraya.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
13) Pengurus SHELL Trading, Melaka.
- merancang dan menyelaras program pendidikan Shell di seluruh Melaka.
- penasihat bagi penyelarasan dan perlaksanaan Program lalulintas.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
14) Pengurus PUSPAKOM, Melaka.
- memberi ceramah keselamatan jalanraya kepada pemilik-pemilik dan pemandu-pemandu
kenderaan pengangkutan awam.
- Menguji kenderaan samada boleh diguna atau tidak di jalanraya.
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya Melaka.
15) Pengerusi Penguasaha Bas Melaka.
- memberi ceramah keselamatan kepada ahli-ahlinya.
- Memberi ceramah kepada kanak-kanak sekolah
- Penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
16) Pengarah Bomba Negeri Melaka.
- penglibatan dalam aktiviti Kempen Keselamatan Jalanraya.
- Membantu PDRM dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan.
17) Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
18. Pengurus PLUS
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
19. Pengerusi Persatuan Teksi Melaka.
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
20. Pengerusi Federation Of Malaysia Manufacturer
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
21) Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Motor Melaka.
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
22) Presiden Majlis Peguam Malaysia, Cawangan Melaka.
- penglibatan dalam aktiviti kempen dan program keselamatan jalanraya.
Manakala, Urusetia MKJR Melaka memain peranan seperti berikut:-
- menyelaraskan semua agensi/organisasi, Kerajaan dan bukan Kerajaan
dalam usaha-usaha keselamatan jalanraya,
- menyebarkan maklumat keselamatan jalanraya,
- merancang dan melaksanakan program keselamatan jalanraya,
- menasihatkan kerajaan mengenai perkara berkaitan keselamatan jalanraya,
dan
- menyelaraskan penyeldidikan keselamatan jalanraya.