SIMPATI ONLINE
   

BANTULAH KAMI!
 

Assalamualaikum wbr. 
 

Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan Ihsan, Rahmat dan Inayahnya, saya telah dianugerahkan sedikit ilmu berkaitan teknik membina hompej ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang sentiasa membantu dan membimbing saya dalam tempoh tersebut khususnya En. Kassim Yusoff, En. Zulkiply Harun, En. Ahmad Zubir (Spidey) dan juga amat istimewa buat isteri dan anak-anak saya yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan minat saya ini menjadi kejayaan dan dapat pula dimanfaatkan. 

Bertitik-tolak daripada pembinaan Laman Web TAMAR (Tabung Adik Mohd. Azuan bin Abd. Rahim) yang telah berjaya membantu mengurangkan bebanan keluarga beliau dengan jumlah kutipan keseluruhan RM74,000.00 (melibatkan JKKK Kg. Sempang, Kelab Siber SK Sempang dan juga New Straits Times), maka saya sedar bahawa masih terlalu ramai rakyat negara kita khususnya masyarakat desa dan golongan yang berpendapatan rendah menghadapi kesempitan hidup dalam menangani masalah yang mereka hadapi dengan berbagai penyakit yang dianggap kronik dan juga rawatannya pula memerlukan perbelanjaan yang besar. Mereka ini tidak mampu untuk menyediakan peruntukan tersebut dalam waktu yang dihajati. 

Atas kesedaran inilah, maka saya rasa terpanggil untuk menghimpunkan laman-laman web untuk saudara-saudara kita ini sebagai satu usaha kecil saya membantu mereka ini. 

Sekiranya anda mempunyai cadangan/ idea untuk memantapkan lagi laman ini, bolehlah dikongsi bersama idea tersebut demi kebaikan dan kemanfaatan semua pihak, Insya-Allah. 

  
 
  
 SIMPATI 1 (Adik Muhamad Fazrul- Jantung Berlubang)
SIMPATI 2 (TAMAR) - Alhamdulillah, Telah Berjaya
  
  
CATATAN:
LAMAN INI AKAN SENTIASA DIKEMASKINI. OLEH ITU,
JANGAN LUPA 'BOOKMARK' KANNYA.
SILA PANJANG-PANJANGKAN LAMAN INI KEPADA KENALAN
ANDA SEBAGAI SALAH SATU USAHA KITA MEMBANTU
SAUDARA-SAUDARA KITA YANG MEMERLUKAN.
  
ANDA ADALAH INSAN YANG
SIMPATI DAN PRIHATIN YANG KE
 
  

  
 
  
   
 CATATAN 2:
LAMAN SEMPANG.NET MENDAPAT MARKAH TERTINGGI
(KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT)