KEPERIHALAN
1. Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah rumah anak-anak yatim. Semasa di sana anda berpeluang melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Gambarkan suasana yang telah anda lihat di atas.
2. Pegawai Daerah akan melawat ke kampung anda tidak lama lagi. Sempena lawatan itu, penduduk kampung anda telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan kampug. Anda turut serta dalam gotong-royong tersebut. Ceritakan suasana pada hari itu.
3. Anda telah mengikuti abang ada menonton satu perlawanan bola
sepak peringkat akhir di Stadium Merdeka. Semua pemain bermain dengan
bersungguh-sungguh. Serang- menyerang sering berlaku antara kedua-dua
belah pihak. Penonton bersorak-sorak.
Gambarkan suasana dan keadaan di stadium pada malam itu.
4. Semasa anda dan rakan-rakan anda sedang
membuat satu eksperimen di bilik makmal sains, tiba-tiba satu letupan
berlaku, Bilik makmal tersebut terbakar dan peralatan di dalamnya
musnah. Keadaaan di dalam makmal menjadi kelam kabut. Perihalkan
apa yang berlaku selepas itu.
5. Pada cuti persekolahan yang lalu anda telah menemani bapa
anda pula ke kampung. Semasa melalui lebuh raya, kereta yang dipandu oleh
bapa anda berhenti dengan tiba-tiba. Keadaan di sekeliling anda agak
gelap dan menyeramkan. Gambarkan keadaan dan suasana ketika itu.
6. Pada hujung minggu yang lalu, anda telah berkesempatan mengikuti
ibu anda ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Anda
tertarik melihat gelagat seorang suami isteri yang begitu asyik memilih
barang-barang. Gambarkan telatah mereka dan suasana yang anda dapat
perhatikan pada hari itu.
7. Baru-baru ini anda berkesempatan menyaksikan satu istiadat
pengkebumian yang berlangsung di tempat tinggal anda. Gambarkan suasana
yang telah anda saksikan itu.
(NORDIHAN ISMAIL, MODEL KARANGAN,PRESTON, 1996)
FAKTA
1. Penggunaan teknologi moden dapat memajukan sektor pertanian
negara. Terangkan bagaimanakah teknologi ini dapat mengubah taraf
hidup golongan petani.
2. Masalah sosial di kalanganbelia hari ini akan memberi kesan
negatif kepada negara pada masa akan datang. Apakah langkah-langkah
yang anda rasakan perlu untuk membendung masalah ini.
3. Kejayaan akdemik akan menjamin kehidupan yang bahagia.
Jelaskan penyataan ini.
Hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak dapat membentuk
keluarga yang bahagia.
Kemukakan beberapa cara untuk mewujudkan hubungan yang baik ini.
4. Generasi muda harus memainkan peranan mulai sekarang untuk
memenuhi matlmat wawasan 2020. Nyatakan peranan yang harus dilaksanakan
oleh generasi muda untuk memenuhi matlamat tersebut.
5. Kegiatan industri desa kurang mendapat sambutan daripada orang
ramai. Cadangkan beberapa langkah yang patut diambil untuk memajukan
industri tersebut.
6. Industri perfileman dikatakan semakin merosot meskipun jumlah
filem yang dohasilakn semakin meningkat. Nyatakan punca-punca yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk
mengatasinya.
CEREKA / IMAGINASI
1. Pada suatu hari minggu, anda kelaur ke bandar untuk mebeli-belah.
Semasa membeli-belah seorang perempuan menegur anda. Anda cuba mengingati
perempuan itu. Rupa-rupanya dia ialah teman sekelas anda yang telah
lama berpisah. Ceritakan pertemuan itu.
2. Anda telah mengikuti seorang teman bercuti di kampungnya di
pantai timur. Semasa bersama keluarganya berbagai-bagai pengalaman
menarik telah anda alami. Kemesraan keluarganya membuat anda berasa
seperti dalam keluarga sendiri. Ceritakan pengalaman anda itu.
3. Anda terpaksa bertukar sekolah kerana mengikut bapa anda yang
bertugas sebagai anggota pois. Pada hari pertama anda di sekolah
itu, anda terpaksa berhadapan dengan suasana baru dan juga kawan-kawan
yang belum pernah anda kenal. Ceritakan pengalaman anda itu.
4. Anda telah mengikuti kakak anda untuk bercuti di Singapura
dengan menaiki kereta api. Anda berasa sungguh gembira kerana ini
merupakan pengalaman pertama anda menaiki kereta api. Semasa dalam
perjalanan, kereta api yang anda naiki itu telah tergelincir dari landasan
menyebabkan beberapa buah gerabak telah terbalik. Ceritakan pengalaman
andan itu.
5. Setelah beberapa tahun berada di luar negara, maka tiba masanya
untuk abang anda puang ke tanah air. Anda sekekuarga berasa begitu
grmbira sekali kerana sepanjang tempoh empat tahun berada di sana, abang
anda tidak pernah pulang. Apabila hari yang dinantikan itu itba,
anda sekeluarga menyambut kepulangannya di lapangan terbang. Ceritakan
peristiwa itu.
6. Pada minggu yang lepas anda telah menemani ibu anda ke sebuah
bank untuk menyimpan wang. Semasa beratur menunggu giliran,
tiba-tiba muncul dua orang lelaki bertopeng danmengacukan pistol ke arah
pengawal keselamatan. Ceritakan apa yang berlaku seterusnya.
7. Pada malam itu cuaca mendung dan angin bertiup kencang menandakan
hujan lebat akan turun. Aku tiggal seorang diri di rumah. Sementara
ayah dan ibu keluar ke pekan kerana menziarahi seorang teman. Tiba-tiba
pintu di luar rumahku berdentam sepertiditolak oleh sesuatu. Aku
mulai cemas dan terus menuju ke arah bilik itdur. Aku terdengar bunyi
tapak kasut menuju ke arah bilikku. Lengkapkan cerita di atas supaya
menjadi sebuah cerita yang menarik.
PERBINCANGAN / PENDAPAT
1. Bincangkan kebaikan dan keburukan perkembangan sektor perindustrian
kepada negara.
2. Pencemaran alam sekitar berpunca daripada kelalaian manusia
itu sendiri. Bincangkan.
3. Dasar Aman, Bebas dan Berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara
Asia Tenggara bermatlamat untuk untuk menjamin keamanan dan kestabilan
politik. Bincangkan keberkesanan dasar tersebut.
4. Kempen berkongsi kereta merupakan satu cara untuk mengatasi
masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di bandar-bandar. Bincangkan
kebaikan kempen tersebut.
5. Bincangkan faedah-faedah yang dapat disumbangkan oleh bidang
sukan kepada masyarakat dan negara.
6. Komputer merupakan salah satu ciptaan sains yang empunyai
banyak kegunaan. Penggunaan komputer adalah sesuai bagi negara-negara
membangun seperti malaysia untuk muncul sebagai sebuahnegara yang maju.
Bincangkan kebaikan-kebaikan penggunaan komputer.
7. Masalah jenayah di kalangan remaja merupakan masalah yang
membimbangkan. Masalah ini dikatakan berpunca daripada sikap sambil
lewa ibu bapa. Bincangkan.
8. Kemasukan tanpa izin warganegara asing ke Malaysia menimbulkan
masalah dari segi ekonomi dan sosial. Bincangkan.
9. Kegiatan pertanian dan perindustrian perlu dibangunkan serentak
untuk kemajuan negara. Bincangkan.
10. Masa cuti tidak seharusnya dianggap sebagai masa untuk berehat.
Pelajar harus mengisi masa cuti dengan kegiatan yang berfaedah. Bincangkan
penyataan di atas.
11. Penderaan kanak-kanak merupakan masalah yang semakinserius.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya gejala ini?
12. Ada pendapat yang mengatakan bahawa iklan adalah sesuatu
yang menarik tetapi tidak berguna dan kadangkala mengelirukan. Apakah
pendapat anda tentang penyataan di atas?
13. Masalah kebuluran sering melanda negara-negara miskin.
Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara membangun
dapat membantu negara-negara tersebut.
14. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia di mahkamah
adalah satu tindakan yang wajar dan patut disegerakan. Berikan pendapat
anda tentang penyataan ini.
15. Disiplin diri penting dalam kehidupan seseorang. Disiplin
juga menjanjikan kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Berikan pendapat
anda tentang penyataan di atas.
16. Kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli sukan menyebabkan mutu
sukan di negara kita semakin merosot. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Berikan
pendapat anda.
17. Penglibatan kaum wanita dalam bidang pekerjaan telah menyekat
kemajuan kaum lelaki. Nyatakan pendapat anda.
18. Sifat bertanggungjawab di kalangan generasi muda perlu dipupuk
sejak kanak-kanak. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang
perlu untuk tujuan tersebut.
19. Masalah setinggan muncul kerana kepesatan pembangunan di
sesebuah bandar. Pada pendapat anda apakah tindakan yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah ini.
20. Sistem peperiksaan yang diamalkan oleh sistem pendidikan
di negara kita patut diteruskan kerana sistem ini merupakan satu cara yang
terbaik untuk menguji kebolehan seseorang pelajar. Berikan pendapat
anda.
ULASAN
1. Media cetak terutamanya surat khabar berperanan sebagai sumber
ilmu pengetahuan dan juga memberi panduan kepada rakyat. Ulaskan
pernyataan di atas.
2. Peningkatan kes jenayah dikatakan berpunca daripada kurangnya
pendidikan moral dan agama serta masalah kemiskinan dan desakan hidup.
Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas.
3. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam usaha
meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Kejayaan usaha ini
bergantung kepada kegigihan rakyat untuk mengubah nasib mereka. Ulaskan
pernyataan di atas.
4. Pelbagai kempen telah dilancarkan untuk menimbulkan kesedaran
rakyat terhadap perkara-perkara tertentu. Namun begitu kempen-kempen
ini tidak berjaya dengan sepenuhnya. Salah satu faktor yang menyebabkan
kegagalannya adalah sikap rakyat yang tidak peka terhadap kempen-kempen
yang dilancarkan. Berikan ulasan anda.
5. Sikap yang terlalu mementingkan kebendaan menyebabkan hubungan
sesama anggota masyarakat tidak lagi sekukuh dahulu. Ulaskan pernyataan
tersebut.
6. Di samping berperanan sebagai tempat belajar dan mengajar,
sekolah juga boleh dianggap sebagai agen penting dalam membentuk rakyat
yang bersatu padu dan mempunyai rasa taat setia kepada negara. Berikan
ulasan anda.
7. Ada yang berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pendirian
sendiri dan bertanggungjawab dalam membentuk masa depan mereka. Berikan
ulasan anda tentang pernyataan di atas.
8. Langkah kerajaan membangunkan kawasan pedalaman dengan memajukan
sektor perindustrian dan pertanian serta menyediakan kemudahan asas dapat
mengurangkan penghijrahan belia ke bandar. Berikan ulasan anda tentang
pendapat di atas.
9. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca
daripada beberapa faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak mematuhi
undang-undang jalan raya, undang-undang yang tidak dijalankan dengan sepenuhnya
dan kerosakan kenderaan. Berikan ulasan anda.
10. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun memerlukan
rakyat yang cegas untuk pembangunan negara. Namun, masalah sosial
di kalangan belia yang semakin serius boleh memberi kesan negatif kepada
pembangunan negara. Berikan ulasan anda.
DIALOG / WAWANCARA
1. Sebagai seorang pemberita, anda telah ditugaskan untuk mewawancara
tokoh yang telah menerima anugerah Ibu Mithali. Sediakan temu ramah
anda itu.
2. Anda dikehendaki menemu ramah seorang ahli sukan berhubung
dengan kejayaaannya menggondol pingat emas dalam acara olahraga di Sukan
Asia. Tuliskan temu ramah anda dengan ahli sukan tersebut selengkapnya.
3. Semasa berkunjung ke negeri Trengganu, anda telah berpeluang
melihat pameran dan demontrasi membuat tembaga anjura Jabatan Pelancongan
sempena Pesta Trengganu. Sebagai pemberita, anda tidak melepaskan
peluang untuk menemu ramah seorang pembuat tembaga yang turut mengambil
bahagian dalam pameran tersebut. Tuliskan temu ramah anda itu selengkapnya.
4. Anda dan beberapa ahli Kelab Kembara Muda sedang berbincang
tentang persiapan-persiapan untuk menjelajah seluruh Malaysia. Tuliskan
perbualan itu.
5. Pertubuhan beruniform yang anda sertai telah mengadakan satu
lawatan ke sebuah Rumah Orang-Orang Tua. Anda sebagai pengarah projek
telah berpeluang berbual dengan salah seorang penghuni di situ. Tuliskan
perbualan anda dengan penghuni tersebut.
LAPORAN
1. Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia dikehendaki
menyediakan satu laporan lengkap tentang aktiviti tahunan persatuan tersebut
untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan laporan itu selengkapnya.
2. Sempena Minggu Disiplin, Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah
mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang minggu tersebut. Sebagai setiausaha kelab,
anda dikehendaki menyediakan minit mesyuarat itu selengkapnya.
3. Kelab Seni dan Budaya sekolah anda telah menganjurkan pameran
kraftangan orang-orang Melayu. Pameran itu diadakan sempena dengan
Minggu Budaya. Anda sebagai setiausaha kelab tersebut telah diberi
tanggungjawab untuk menulis laporan tentang pameran tersebut.
Sediakan laporan anda dengan selengkapnya.
4. Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat
bersejarah di negeri Kedah. Sebagai setiausaha lawatan, anda dikehendaki
menulis satu laporan tentang lawatan tersebut. Tuliskan laporan itu
selengkapnya.
CERAMAH
1. Andaikan bahawa anda pegawai kesihata. Anda telah diminta oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramah bertajuk “Pemakanan Yang Teratur Penting Untuk Kesihatan.” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2. Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan
negara. Berhubung dengan pernyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan
satu teks ceramah yang bertajuk “Guru Sebagai Tunggak Pembangunan
Negara.” Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
3. Sejak akhir-akhir ini masalah jenayah di kalangan remaja semakin
serius. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan pembangunan negara
pada masa akan datang. Anda telah diminta untuk menyampaikan satu
ceramah tentang langkah-langkah untuk mengatasi jenayah di kalangan remaja.
Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.
4. Andaikan pegawai di Jabatan pendidikan. Anda telah dijemput
oleh sebuah kelab untuk memberikan ceramah tentang pentingnya penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Sediakan teks ceramah tersebut.
5. Sebagai guru kaunseling anda dikehendaki memberikan satu ceramah
tentang pentingnya disiplin dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.
UCAPAN
1. Sekolah anda akan melancarkan Minggu Bahasa Malaysia tidak
lama lagi. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Malaysia, anda dikehendaki
menyampaikan ucapan pada hari pelancarannya. Tuliskan ucapan anda
itu selengkapnya.
2. Anda telah terpilih untuk menerima anugerah pelajar cemerlang.
Pada hari penyampaian hadiah tersebut, anda telah diminta oleh pihak pengajur
untuk menyampaikan ucapan berhubung dengan kejayaan anda. Karangkan
teks ucapan anda.
3. Andaikan anda pegawai di Jabatan Alam Sekitar. Sempena
perasmian Hari Alam Sekitar, anda telah dijemput oleh sebuah sekolah untuk
memberi ucapan tentang pencemaran alam dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
4. Sekolah anda akan mengadakan satu pameran sains. Sebagai
Presiden Persatuan Sains sekolah, anda diminta memberi ucapan sempena majlis
pelancaran pameran tersebut. Tuliskan ucapan anda itu.
5. Anda telah dipilih oleh majikan tempat anda bekerja untuk
mengikuti satu kursus di luar negara selama satu tahun. Rakan sepejabat
anda telah mengadakan satu jamuan untuk meraikan pemergian anda.
Sediakan ucapan untuk melahirkan rasa terima kasih anda atas kerjasama
dan sokongan yang telah anda terima.
SYARAHAN
1. Satu pertandingan syarahan telah dianjurkan oleh persatuan
sejarah di sekolah anda. Tajuk syarahan ialah “Kepentingan
Sejarah Dalam Memupuk Semangat Cintakan negara. Anda turut mengambil
bahagian dalam pertandingan tesebut. Tuliskan teks syarahan anda
itu selengkapnya.
2. Ada telah mendengar satu ceramah yang bertajuk “Membaca Dapat
Membina Masyarakat Yang Berilmu.” Berpandukan isi-isi ceramah tersebut,
tuliskan satu syarahan berdasarkan tajuk yang sama.
3. Anda dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan.
Tajuk syarahan yang akan dipertandingan ialah “Etika Kerja Perlu Untuk
Meningkatkan Produktiviti Negara.” Sediakan teks syarahan tersebut
selengkapnya.
4. Anda telah meyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.
Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “Pengurusan Masa Yang Berkesan
Penting Bagi Membentuk individu Yang Berdisiplin. ” Tuliskan teks
syarahan anda itu.
5. Sempena hari Warga Tua, satu syarahan telah diadakan
di sekolah anda. Anda telah turut serta dalam pertandingan tersebut,
Tajuk syarahan yang akan disampaikan ialah “Kebajikan Warga Tua Adalah
Tanggungjawab Bersama.” Tuliskan semula syarahan anda itu.