Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada
tiap-tiap Bahagian A, B, dan C, dan satu
soalan lagi dari mana-mana bahagian.
BAHAGIAN A : PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KRITIKAN SASTERA
1. “Sajak merupakan salah satu jenis kesusasteraan
Melayu moden yang mendapat tempat di
Malaysia sebelum
Perang Dunia Kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang
sesuai, huraikan
ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek yang berikut.
(a) Tema
[9]
(b) Bentuk
[8]
(c) Gaya bahasa
[8]
2. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan
yang sering digunakan dalam kegiatan kritikan
sastera.
(a) Jelaskan pengertian
pendekatan kemanusiaan ini.
[4]
(b) Huraikan tiga unsur
yang ditekankan dalam pendekatan kemanusiaan.
[9]
(c) Nyatakan tiga sebab
pendekatan kemanusiaan penting digunakan dalam kritikan
sastera.
[12]
BAHAGIAN B: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
3. Dengan mengemukakan contoh-contoh
yang sesuai, bincangkan ciri-ciri sastera tulisan.
[25]
4. “Raja Ali Haji ialah seorang penulis
sastera sejarah dari Riau pada abad ke-19 yang memberikan
sumbangan penting
kepada sastera sejarah.”
(a) Huraikan
kegiatan penulisan Raja Ali Haji.
[9]
(b) Jelaskan
pembaharuan yang dibawa oleh Raja Ali Haji dalam karya sastera
Sejarahnya.
[16]
BAHAGIAN C: SEJARAH KESUSTERAAN MELAYU MODEN
5. “Sarjana-sarjana sastera banyak memperkatakan
tentang pembaharuan yang dibawa oleh
Abdullah Munsyi dalam
kesusasteraan Melayu moden.” Bincangkan dengan memberikan
contoh-contoh yang sesuai,
lima aspek pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi
melalui karya-karya
sasteranya.
[25]
6. Terangkan apa yang anda fahami dengan
institusi “Anugerah Sastera Negara” dan keistimewaan
yang diperolehi penerimanya.
Bincangkan sumbangan dan keunikan dua tokohSasterawan
Negara dalam bidang
penulisan puisi moden.
[25]