Sekadar Renungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Mengasihani


Bersaba Nabi saw ... "Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, juga malaikat serta para penghuni langit dan bumi,sampai-sampai semut yang di dalam lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan, semuanya memohonkan rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan pada orang banyak." 
(Riwayat at-Tirmidzi) 

Profesionalisme Topengan Barat

Dunia hari ini banyak melahirkan profesional yang berorientasikan pendidikan barat. Tidak banyak daripada profesional yang lahir hari ini betul-betul mempelajari dan mengamalkan Islam walaupun sebenarnya boleh kita katakan yang kita hidup di negara yang mengamalkan Islam, (tak keseluruhannya!).

Tanpa kita sedari, barat cuba menjauhkan umat Islam dari kehidupan yang berlandaskan Islam melalui sistem pendidikan negara. Dari kecil kita disogokkan dengan ideologi barat dan semakin hari kita semakin di jauhkan dari Islam. Kini pendidikan Islam hanya sebahagian kecil dari sukatan pelajaran bukan lagi menjadi nadi kepada sukatan pelajaran negara. Sama ada kita sedar atau tidak, kebanyakan profesional yang lahir hari ini bukanlah seorang profesional muslim sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam tetapi lebih kepada seorang profesional yang bersifat sekularisme. Adakah kita ingin melahirkan seorang profesional yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Tidak pernah cuba untuk mengaitkan kerja di dunia ini dengan kehidupan akhirat

Bekerja hanya menumpu kepada minda dan memuaskan nafsu perut semata-mata

Tidak pernah memasukkan unsur-unsur membesarkan Allah s.w.t. di dalam pekerjaan

Tidak meletakkan fitrah kejadian manusia sebagai landasan pembangunan

Peringatan saya juga dan cubala kita fikirkan bersama....

Dengan sebab itu, masyarakat Islam hari ini sedang mengalami zaman regress. Umat Islam semakin kembali ke zaman jahiliyah malah ada yang lebih teruk dari itu walau dari zahirnya ada negara Islam yang semakin maju (contoh negara kita). Jika benar sebagaimana yang di dakwa bahawa kita (Malaysia) adalah sebuah negara Islam yang maju, adakah kita mempunyai ciri-ciri di bawah ini sebagaimana yang pernah dicapai oleh Tamadun Islam suatu masa dahulu...:

Setiap apa yang dilakukan melambangkan kebesaran Allah s.w.t baik dari segi pembangunan fizikal mahupun pembangunan insaniah.

Memperlihatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pendokong.

Masyarakat beriman, berakhlak, memupuk ukhuwwah dan berkasih sayang.

Mengamalkan hidup amal makruf nahi mungkar dalam setiap jiwa manusia

Disegani dan dihormati oleh semua bangsa

Menjadi payung kepada manusia

Membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.

Allah telah memberi peringatan kepada kita sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud :

"Berlaku kerosakan di daratan dan lautan akibat dari perbuatan tangan manusia, supaya Kami rasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka agar mereka kembali"
(surah Ar-Rum : 41)


FirmanNya lagi yang bermaksud

"Dan betapa banyak Kami binasakan negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang)"
(surah 28:58)


Back To Main Page
 
 


Produced by Anuar Abd Manap. Any comments, suggestions,
and criticisms
Click here to send me Your email.