RAKYAT diseru terus menyokong Kerajaan PAS yang mahu menunaikan tanggung-jawab melaksanakan cara hidup dan undang-undang Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendi-dikan, Dakwah
dan Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, YB Ustaz Mohamed bin Daud Iraqi,
ketika membuat seruan tersebut seterusnya berharap Hudud dapat dilaksanakan
sekiranya rakyat terus menyokong Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan
ulama ini dan seterusnya membuat perubahan kepada pemerintahan negara bagi
melaksanakan keadilan Islam.
Beliau berkata demikian dalam ucapan mengalu-alukan majlis pelancaran
sambutan Hari Hudud di Padang Perdana, Kota Bharu pada 9 Februari lalu.
Ini kali kelima sambutan Hari Hudud sebagai acara tahunan diadakan
sejak tahun 1995.
Acara ini diberi sambutan hangat oleh rakyat apabila lebih 7000 pengunjung mengikutinya.
Menurut YB Ustaz Muhamad Daud, Hari Hudud diadakan berikutan Enakmen Jenayah Syariah II bagi melaksanakan Hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan sejak tahun 1995 sambutan dibuat secara tetap bagi memperingati sejarah besar ini.
Beliau seterusnya mengingat-kan bahawa di negara ini undang-undang Islam dikete-pikan dan digantikan dengan undang-undang Barat walaupun kita sudah merdeka lebih empat puluh tahun.
Katanya, sambutan Hari Hudud diadakan untuk menyatakan kepada orang ramai bahawa Kerajaan Kelantan terus bertekad dan berusaha bagi membuka jalan terlaksananya Hudud. mungkin mustahil pada hari ini tetapi akan jadi kenyataan satu masa akan datang.
Hari Hudud, menurut beliau lagi, adalah juga sebagai pernyataan bahawa Negeri Kelantan boleh disifatkan sebagai sebuah universiti terbuka kerana perbincangan-perbincangan tentang Islam disertai oleh semua lapisan masyarakat selain daripada menyatakan Islam bukannya perkara ibadat khusus sahaja.
Seterusnya beliau menegas-kan bahawa sambutan Hari Hudud ini dapat dijadikan sebagai tekanan kepada pihak-pihak tertentu supaya kembali kepada Islam dalam semua bidang kehidupan dan pemerintahan.
Sambil itu beliau mengambil perhatian tentang adanya suara-suara sumbang terhadap Hudud yang boleh menyebabkan orang yang mengeluarkan suara-suara itu menjadi murtad.
Beliau memberi contoh adanya laporan akhbar pada 14 Januari 1992 yang menyatakan bagaimana seorang pemimpin berkata bahawa jika Hudud dilaksanakan ramai rakyat Islam kudung tangan dan umat Islam akan jadi mundur apabila dipotong tangan mereka kerana hukuman Hudud.
Selain itu, dikatakan bahawa undang-undang Islam belum boleh dilaksanakan
selagi ramai rakyat miskin dan jahil.
Menurut beliau, ada juga amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap
Kerajaan Kelantan jika melaksanakan Hudud.
Sambil menyifatkan kenya-taan-kenyataan itu sebagai suara sumbang, beliau juga mengingatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan sede-mikian boleh merosakkan aqidah.
“Mari kita berubah kepada Islam dan laksanakan undang-undang dan keadilan
Islam,” tegas beliau.
Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan turut memberi-kan ucapan alu-aluannya.
Katanya, acara sambutan Hari Hudud juga akan diadakan di peringkat jajahan seluruh Kelantan.