Kedua, Kerajaan Kelantan tidak bersikap asal ada ketika menimbangkan tawaran pela-buran kerana mahu meman-dang berat terhadap kesan-kesan sampingan bagi jangka masa panjang termasuk dari sudut sosialnya serta keserasiannya dengan kehen-dak Islam.
Perkara kedua tersebut dapat diperjelaskan bahawa jika sesu-atu pelaburan itu bercanggah dengan hukum agama dan hukum adat walaupun sebesar mana untungnya, kerajaan ne-geri tidak akan menerimanya.
Kerajaan negeri mahu dasarnya berteraskan Memba-ngun Bersama Islam dipatuhi,
bukannya 'ikut angin pelabur' semata-mata kerana mahu muncul paling berjaya
menarik pelaburan.
Yang menjadi matlamat ke-rajaan negeri ialah semakin banyak pelaburan
datang ke Kelantan, akan bertambah pula jumlah rakyat Kelantan ke mas-jid
dan madrasah untuk solat berjemaah; semakin ramai yang rajin bertasbih
tanda bersyukur kepada Allah; bukannya sema-kin ramai hidup bermewah, membazir,
bermegah dan sesat.