“Antara perbuatan yang tidak bertanggungjawab, khia-nat dan kejam adalah
penggunaan tuba, kejutan elektrik dan bahan letupan dinamik,” kata Pengarah
Perikanan Negeri, Encik Sani Mohd. Isa.
Beliau memberi taklimat kepada YAB Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Haji
Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum upacara pelepasan 4,000 anak ikan di Sungai
Rek Kuala Krai sempena lawatan kerja Menteri Besar ke jajahan itu baru-baru
ini.
Menurut beliau, jika hanya cara yang dibenarkan sahaja digunakan oleh rakyat negeri, sungai, tasik dan alur-alur di negeri ini akan dipenuhi dengan sumber ikan dan ia mampu menampung keperluan ikan rakyat Kelantan.
Sehubungan dengan itu beliau mahukan seluruh rakyat sama-sama rasa bertang-gungjawab
menjaga sumber ikan dengan bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa
jika ada kegiatan menuba, menggunakan kejutan elektrik dan bahan letupan
dinamit di tempat masing-masing.
Katanya, kerana kawasan sungai, tasik dan alur yang terlalu luas
adalah sulit bagi pihak berkuasa tanpa kerjasama orang ramai untuk bertindak
terhadap penangkap-penang-kap ikan yang tidak bertang-gungjawab, khianat
dan kejam.
Pada majlis itu Tuan Guru Menteri Besar, exco-exco kerajaan negeri YB
Haji Hassan Muhamad, YB Haji Omar Muhammad, YB Haji Hassan Abdullah, Ketua
Jajahan Haji Ismail Latiff dan Encik Sani sendiri melepaskan benih ikan
patin, kap kepala besar dan lampam jawa.