Menurut Pengerusi Jawat-ankuasa Kebudayaan, Pelan-congan, Belia dan Sukan, YB Abdullah Ya'kub, Exco juga memberi kuasa mengawasi persembahan dikir barat kepada Persatuan Dikir Barat Kelantan (Pendikir) bagi pihak Kerajaan Negeri.
Sejak 27 Mei lalu, Kerajaan Kelantan membekukan izin persembahan dikir barat di ne-geri ini apabila mendapati izin itu disalahgunakan oleh peng-anjur-penganjur dikir barat dengan memasukkan penya-nyi pop wanita, pelawak, joget dan tiada kawalan sempurna sebagaimana yang dikehen-daki oleh surat izin berkenaan.
Keputusan membenarkan semula persembahan dikir ba-rat ini dibuat apabila
Kerajaan Negeri bersetuju dan berpuas hati dengan Pendikir selepas beberapa
siri perbincangan dengannya.
Bagaimanapun, Kerajaan Kelantan menetapkan 10 syarat untuk sebarang
kelulusan izin persembahan dikir barat.
Setiap penganjur dikir barat hendaklah mematuhi 10 syarat tersebut yang
antaranya ialah memastikan setiap peserta dikir barat diwajibkan menjadi
kum-pulan ahli berdaftar dengan Pendikir.
Surat sokongan daripada Pendikir juga hendaklah diserta-kan setiap
kali membuat permo-honan izin kepada Pejabat Tanah dan Jajahan bagi persembahan
dikir barat.
Abdullah menegaskan Pen-dikir bertanggungjawab sepe-nuhnya mengawasi
perjalanan persembahan dikir barat dengan turut menanggung segala kesan
baik dan kesan buruk persembahan dikir barat itu.
Katanya lagi, Kerajaan Negeri tetap akan memantau perjalanan persembahan
dikir barat bagi memastikan segala peraturan atau garis panduan yang ditetapkan
dipatuhi.
Antara yang diputuskan oleh mesyuarat Exco tersebut ialah melarang artis popular, pelawak dan wanita daripada mengambil bahagian dalam persembahan dikir barat ter-masuk tidak membenarkan peserta yang bukan ahli berdaftar Pendikir.
Persembahan hendaklah turut mendapat kebenaran Pendikir.
Persembahan dikir barat juga tidak dibenarkan melewati jam 12.00 malam.
Sebelum ini Abdullah turut memberitahu bahawa Keraja-an Kelantan akan
meminda Enakmen Kebudayaan dan Hiburan 1936, iaitu undang-undang yang digubal
oleh British. Undang-undang ini tidak dipinda sejak tahun 1936 dan
banyak perkara tidak se-suai dengan kehendak zaman sekarang terutamanya
Islam.
Katanya, pakar-pakar da-lam seni budaya turut menjadi ahli jawatankuasa
menggubal pindaan enakmen ini.