Demikian diberitahu Pengerusi Persa-tuan tersebut, Nik Hassan Nik Ibrahim,
di upacara melepaskan 180 buah tukun di dasar laut kira-kira enam batu
nautika dari pantai Sabak 14 Julai lalu. Persatuan telah membuat
sebanyak 60 tukun konkrit berkenaan manakala Pengerusi Jawatan-kuasa Pertanian,
Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad, turut
menambah bantuan sebanyak 120 tukun yang diturunkan ke dasar laut
sedalam 20-30 meter.
Setiap tukun berharga RM20 sebuah.
Upacara menurunkan tukun itu telah disertai oleh YB Haji Omar, Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Sani Mohamad, Persatuan Nelayan Kemeruk, Sabak dengan disaksikan oleh pemberita dan jurugambar sebaran am.