LULUSKAN SEGERA AMANAH SAHAM KELANTAN  - MB

MENTERI Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahukan pihak berkaitan di Kerajaan Pusat menyegerakan kelulusan permohonan Kelantan untuk menubuhkan Amanah Saham Kelantan.

Berucap di majlis sambutan ulangtahun kelapan Tabung Serambi Mekah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini, beliau berkata permohonan bagi penubuhan amanah saham berkenaan dibuat sejak tahun 1994 lagi.

Katanya Kerajaan Kelantan telah memajukan permohonan kepada pihak-pihak berkaitan seperti Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Sekuriti pada 11 Oktober tahun 1995.

“Bagaimanapun, malang-nya, permohonan itu dibekukan hingga sekarang,” ujarnya.
YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar yakin Amanah Saham Kelantan (ASKI)akan membolehkan Kerajaan dan rakyat Kelantan terlibat secara lang-sung dan berkesan dalam usaha membantu negara menghadapi keadaan ekonomi yang muram sekarang.
Katanya, kerajaan negeri juga berhasrat membantu menyelamatkan pasaran saham dan nilai mata wang kerana merasakan sama-sama bertang-gungjawab mengatasi masalah ruduman ekonomi yang dihadapi negara.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berkata mesyuarat jawatankuasa Amanah Saham Kelantan telah diadakan sebaik sahaja ia diluluskan oleh mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan. Jawatankuasa Amanah Saham Kelantan itu terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan golongan profesional.

“Setakat ini kerajaan sudah mengambil empat kakitangan sepenuh masa untuk Amanah Saham Kelantan. Bagi memasti-kan masa, tenaga dan wang tidak terbuang dengan sia-sia, maka amat kena dan amat wajar jika kelulusan permohonan amanah saham berkenaan dipercepat-kan,” tegasnya.


HOME