Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abd. Halim Abd. Rahman memberitahu
Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kekeliruan tentang kedudukan projek
itu berlaku setelah kenyataan KUB Bhd pada 3 Disember lalu disalah
lapor oleh beberapa akhbar tempatan.
Laporan itu menyebut bahawa penang-guhan projek petrokimia itu selaras
dengan hasrat kerajaan mengurangkan aliran wang ke luar negara secara tidak
menggalakkan penggunaan komponen import.
Haji Abd. Halim berkata, KUB Bhd. telah memberitahu Keloil Sdn. Bhd. hasratnya meneliti semula projek itu kerana hendak mengurangkan import komponen-komponen utama.
“Dengan demikian soal menangguh projek itu tidak timbul sama sekali dan Kerajaan Negeri tidak pernah menang-guhkan projek itu,” kata Haji Abd. Halim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tem-patan, Perumahan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi.
Beliau menjawab soalan YB Mohd. Adhan Kechik (BN-Kemahang) yang bertanya berdasarkan laporan akhbar bahawa KUB Bhd. menangguh-kan perlaksanaan projek terse-but ke satu tempoh yang akan ditetapkan.
KUB Bhd. ialah rakan kongsi Keloil Sdn. Bhd. (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK) yang akan membina kompleks petrokimia berharga RM 2 bilion di Pantai Senok, Bachok.
Projek ini akan menjadikan kawasan seluas 2,000 hektar di Pantai Senok
sebagai pusat kegiatan hiliran bagi industri gas dan minyak di Kelantan,
yang dijangka siap pada tahun 2003.
Sebagai menjawab soalan tambahan daripada YB Ahmad Rosli (BN-Salor),
Haji Abd. Halim berkata, bila tapak projek petrokimia di Pantai Senok Bachok
akan dibina adalah bergantung kepada usaha pengambilan tanah berdasarkan
kepada Akta Tanah Negara yang baru dipinda.
Menjawab soalan lain, beliau berkata kebenaran Petronas tidak diperlukan
untuk melaksa--nakan projek usahasama antara Keloil dengan Petroleum Authority
of Thailand (PTT).
PTT akan membekalkan gas dari Thailand bagi projek membalang gas yang dijalankan oleh anak syarikat Keloil Sdn. Bhd. di Pantai Senok.
Bagi menjawab soalan tambahan Adhan Kechik, Haji Abd. Halim berkata Petronas, bagaimanapun, telah dimaklumkan tentang usaha sama berkenaan manakala lesen bagi melaksanakan projek itu telahpun didapati.